Salam sejahtera. Kelmarin, loading internet amatlah lembap. Saya cuma sempat singgah, tapi tak sempat comment. Maaf ya. Pastu lappy 'hang' semacam pulak. huhu. masa2 World cup ni, memang teruk loading internet. padahal orang tengok TV, ker ada yang tengok WC by internet? huhu..
Aritu ada beli mi siput kat pasaraya. ada cop halal dari jab. islam perak. Jadi, saya rembat satu. Mula2 konon2 nak try claypot... haha. takde cendawan, tak best kan? Jadi saya jumpa resipi Mi Daging kat saji. Nampak kuahnya macam jenis manis skit. Jadi, saya tukar kuahnya kepada resipi daging halia kat page lain. Pastu tambah air, bagi berkuah. Alhamdulillah, kombinasi yang bagus dibuat dinner. Instead of mi hailam yang biasa dibuat, kali ni rasa mi siput pulak. Ya, saya guna mi siput. Asal resipi mee wantan. Er.. sama ke? :D Tapi mengikut arahan paket mi siput ni, suruh rebus dulu atau celur,kejap jer sbb ia cepat lembut. Lebih kurang cara mi sanggul atau mi wantan. Rasa dan rupa macam sama. Er.....takpela, asalkan ada cop halal. hihihi. Rasa dia..., umph! Tak cepat muak macam mi kuning. Tak rugi saya celur 4 ketul. Itupun skejap jer My Hubby abiskan. :D



MI DAGING BERKUAH - olahan dari majalah Saji
Mi:
1 sdb minyak masak
4-6 keping Mi siput/ mi wantan/ mi sanggul
2 ulas bawang putih - dicincang
Kicap cair/ kicap manis secukupnya.
CARA:
1. Celur mi dalam air panas. Toskan.
2. Masukkan dalam air sejuk seketika. Toskan.
3. Tumiskan bawang putih cincang dalam kuali. Masukkan kicap secukupnya.
4. Masukkan mee pula. Gaul hingga mee sebati. Angkat.

Daging Halia Berkuah:
350gm daging - dihiris nipis
5 sdb minyak jagung
2 ulas bawang putih - saya cincang
1 inci halia - saya cincang
1 sdb kicap manis
1 sdb kicap masin
2 sdb sos tiram
4 titis minyak bijan
2 1/2 cawan air
1 sdb tepung jagung
1 ikat sawi - boleh dicelur sahaja, atau dipotong pendek.
garam secukup rasa (jika mahu)
CARA:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan daging. Goreng hingga daging air daging hampir kering.
3. Masukkan batang sawi. Kacau sekejap.
4. Baru masukkan campuran tepung jagung, air, sos tiram, minyak bijan, kicap manis dan kicap masin, daun sawi dan garam jika mahu. Biar mendidih dan kelihatan sedikit pekat.
5. Angkat dan hidangkan.



no komen pasal tak pernah makan mee jenis ni.
ReplyDelete* nak jugak komen ..hehe.
sangat menyelerakan nampaknya...tak pernah lagi beli mee siput ni, dodulu mak rajin buat..suka la mee kuah camtu..slruppp
ReplyDeleteSalam Dik Nur..nak seciput...hehehe..main redah jer nak mee !!!
ReplyDeletesalam nurindah, sedap nampak mee tu.. k ayu suka mee yg macam ni tau..kalau dapat rasa..memang best ni..
ReplyDeletesalam nur..mee cput,sawi n daging halia mmg gu dia la ni-mau bertambah mkn hr ni-mkin molatlah sy! :)
ReplyDeleteSalam Nurindah...
ReplyDeleteMama ni, pantang je majalah Saji, Rasa dan Sedap keluar di kedai, mesti rembat... tapi lepas selak selak, simpan je dalam almari... hehehe...
salam kak rina,
ReplyDeletenak pomot ni, sedaaap mi sanggul kak, tak muak makan.. :D
Salam kak izah,
ReplyDeletewah... untungnya, mak kak izah pandai buat mi.. saya pun suka kalu berkuah. :)
salam kak watie,
ReplyDeletehihi... seciput kak? takpe, saya pun dah bawa lari kuih lapis kak tadi... kahkah
salam kak ayu,
ReplyDeletesaya pun suka,kak. dah lama juga tak beli mi siput camni.
salam deliah,
ReplyDeletememang gu dia tu. saje buat ala2 mi hailam. kenyang... erk... hihihi
salam mamafami,
ReplyDeletesama la kita, kak. ini majalah saji yang dah kurun ke berapa tah, baru rasa nak belek2... haha