Salam sejahtera. adik2 dah selamat balik Ahad lalu. Kejap jer diaorang datang. Sbb Siti, adik keempat yg dok Dmnsara damai pun nak balik kampung cuti 4 hari. Jadi, yang lain ikut skali, senang. Sempatla, kirim 1 pasang kain raya buat mama. Saya pun takde mood nak update kelmarin. Rasa suuuunyi sangat. huhu.
Er... ini nak tayang egg benedict ker, bekas muffin baru ya? hihihi. kira dua-dua skali la, ya. banyak guna bekas ni. egg benedict pun cantik jer guna bekas ni. saya beli RM 15.50, non stick kat kedai Bagus. Dah banyak kali buat, tapi inila, egg benedict saya yg paling ok, sbb seblom ni guna bekas besar. Resipi saya tulis lagi la, sempena egg benedict rupa baru.. hihih.
EGG BENEDICT - resipi Zurin MyR
Bahan-bahan
* 2 biji telur
* 2 keping roti putih - dibuang tepinya
* lada hitam - freshly cracked
* Sedikit butter atau majerin
* Garam
Cara-cara
* Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
* Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
* Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
* Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. (hana bakar gune toaster jer)
Nota Nurindah : Saya bakar roti guna oven, api BOTH.

salam kenal...sedap nyer roti tu..
ReplyDeletesalam kenal lina,
ReplyDeletesaya pun suka. senang membuatnya