Salam sejahtera. Kelmarin, dari hantar TV ke damansara damai, kami ke Low Yat pula. My Hubby nak cari barang2 komputer. Alhamdulillah, dapat cari External hard disc WD sebesar 1 tera! 1000G dengan harga RM 309. Mula2 saya ralat, sbb dr nak cari yg RM199, beli sebesar tu. Tapi, tak apalah, My Hubby lebih tahu. Hard disc lappy kami dah penuh, sebesar 80G sahaja. Nak backup gambar2 yg teramat banyak. Malam, baru sampai rumah. My Hubby cuti, ada kat rumah arini. Saya post entry ni selepas mintak izinnya. :) Nak laju jer ni. Nak masak lunch lagi :)
Atas ni, sambal kering tempeh dan cendawan butang, campur ikan bilis. Senang jer, blend bawang besar dan bwg putih, cili kering. Tempeh, ikan bilis digoreng hingga garing. Cendawan tin, dihiris nipis. Tumis bahan kisar hingga naik minyak, masukkan semua tadi termasuk garam. Biar hingga cendawan masak dan sambal agak kering. Sedap sangat. Gabunga lembut dan keras yang ideal ;)
Sup daging seperti biasa. Macam singgang pun ada. :)
Ulam tomato kak hamsini. Sedap dan senang. :)
ULAM TOMATO - sumber kak hamsini
bahan2
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 biji cili/ boleh ganti dengan cili api
sedikit garam
masukkan sedikit kicap pekat
Cara
hiris tomato nipis2
hiris cili dan bawang
satukan semua bahan sedia utk dinikmati
Salam Indah, sedapnya sambal tempeh and the geng, nak tumpang makan boleh?
ReplyDeleteSalam Indah. Lauk sempoi2 macam ni lah yg naik selera ni...
ReplyDeleteSalam Treat and Trick,
ReplyDeletehihihi. seronok makan ramai2 tu ;)
salam kak roz,
ReplyDeletewah... campur ngan sambal tutok lagi... fuh.. :D