Ni jer yang agak cantik ditayang. Yang lain diketepikan... ngee....
Dah bersalut kelapa.
Saya buat setengah adunan jer. tak cukup tinggi dalam loyang, jadi letak lam cup-cup ni.. :). Setengah adunan, dapatlah 4 cup kecit2 tu..
Salam sejahtera. Kuih sagu ni, buat petang kelmarin. Terliur ngan tayangan kak watie aritu.Saya survey MyR, jumpa resipi mamakastam. Cara ni, godek atas dapur pastu kukus 20 minit. Aritu dah pernah buat guna resipi lain, tapi putih2nya tu taknak hilang. Alhamdulillah, resipi ni, hilang putih2 kat biji sagu tu, tetapi versi saya terlembik sikit. Masa ni, teringat cara mama saya, biji sagu direndam jer ngan air panas. Takpelah. Apepun feedback kat MyR, cantik2 semua, saya jer lom pandai ;).. Terima kasih buat MyR dan mamakastam. Izinkan saya share di sini ya..
KUIH SAGU atau BRONOK - Sumber mama kastam tioman@myresipi.com
Masa 30 minit
Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
* 1 gelas sagu biji kecil
* 3 gelas air
* 3/4 gelas gula pasir
* Sedikit pewarna merah
* 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu teh esen rose
Cara-cara
1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.
salam nuindah :)saya suka kuih sagu ni..pnh bt sekali tp org bt/jual sy mkn baaaanyk kali-hehehe :)
ReplyDeleteowhhh sangat sedap!
ReplyDelete