Salam sejahtera, selamat pagi. Dinner malam tadi, tak makan nasi. Saya buat pizza ni. Saya kalu bab pizza, memang tak confident, sbb takde bekas pembakar yang leper. Tapi, disebabkan ada balance cendawan butang yang dah dibuka, jua bahan2 lain ada, saya gagahkan hati. :) Mula2 uli ngan tangan, dah tak larat, uli ngan stand mixer plak. kata sorang sifu, sampai doh tu licin, lembut dan test, ambil skit, tarik. Jika tak koyak, dah bole uli buat roti , pizza or sewaktu dengannya. Dah, saya puas ati ngan kelembutannya... berpandukan eksperimen roti sosej dan pau aritu. :D
Ada kejadian tak diingini berlaku pulak. Doh saya tak naik... 3/4 dari doh yang saya tinggalkan dalam bekas mixer pun tak naik-naik... mengeluh saya. Rupanya, YIS segera yang dalam botol dah takde gas. Aritu guna skit, pastu tutup balik. Patutlah masa tuang air suam pada yis, tak keluar buih2... saya dah agak ada benda tak kena. saya lupa, cara nak tentukan yis masih elok ker tak, test dulu ngan air. kalu ada gas, dia kuar buih2. Kak inaKL juga ada nyatakan pasal yis ni kat resipi roti nan.
Apa lagi? Jadilah pizza saya yang kejung, sbb menggunakan yis yang dah takde gas. Saya syorkan sangat2 beli yang paket 11gm tu, kedap udara, takyah beli botol lagi kalau nak guna skit.kalu buat meniaga lainla, sbb buat roti hari2... :D Topping saya bubuh ikut suka, sebab nenas pun takde. Er... masih nama hawaian pizza ker? hihi. Enak dimakan ngan air teh. Oh, pizza saya,.... tutup mata jerla makan. hahahaha...
HAWAIAN PIZZA - sumber blog kak Azlina. Terima kasih buat empunya resipi dan kak Azlina. Mohon halalkan resipi, ya kak. :)
Bahan2nya
500 g tepung gandum high protein
1 paket yis segera ( 11 g )
50 g majerin
1 sudu makan shortening
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
200 ml air suam
Serbuk oregano utk tabur atas pizza )
Sos pizza - nak bubuh sos cili biasa pun ok je )
Nenas dipotong2 ) topping pizza
Cili benggala dipotong2 kecil )
Bawang besar dihiris2 )
Keju mozzarella di sagat )
Tambahan Nurindah: cendawan butang hiris, udang siap kopek, sosej ayam hiris.
Cara2nya
Tuang air suam dan masukkan yis, gula, susu dan shortening. Kacau2 sikit
Biar sebentar hingga yis berbuih2.
Masukkan separuh tepung gandum ke dalam adunan. Gaulkan.
Masukkan telur yang dipukul dan garam. Sebatikan dengan adunan tadi.
Masukkan baki tepung dan uli sehingga dohnya tak melekat di bekas.
Rehatkan 5 - 10 minit. Semasa proses ini sekiranya masih lembik boleh masuk tepung sikit.
NURINDAH (UPDATED): Perap doh selama satu jam. Lepas tu, tumbuk2, baru bentukkan.
NOTA KAK AZLINA: Buat la apa yang anda inginkan dengan tepung tu, pizza boleh, donut pun boleh, ikut la kreativiti masing2 ya. Akak pernah buat ban bilis, memang sedap walaupun simpan kat tempat frozen.
Lembut dan gebu...





Wow! thniah krn mencuba, wpun doh x naik tp topping ngancam... sy pun wt pizza gk dinner mlm td... tp gna roti arab sbg base.... gmbo ada dlm blog... snag2 sy leh try plak resepi Indah tepek ni... telur sos kcg panggang sy dh try mggu lps... ank2 suke... bole buat lg ni... TQ indah for the resepi....
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam kak J41,
ReplyDeleteterima kasih kak. haha. topping masuk jer tu. roti arab lagi senang,kan?
terima kasih sudi mencuba. :D