Nugget ayam taufu. Ini versi sebelum goreng... breadcrumb tu asalnya putih. saya campur pewarna kuning
Hihih... dah goreng. Terhangus skit ;)
Salam sejahtera, selamat pagi. Petang kelmarin, sempat buat nugget ayam taufu ni. Alhamdulillah, macam ros cakap... rangup kat luar, basah kat dalam. Memang puas hati. Breadcrumb, saya cuma cuma ada yg crispy, pastu daging ayam cuma 1 keping, tambah daging kisar. Oklah tu, asal jadi. kalu rasa keras skit, tambahla telur. Tak sampai ati saya tunjuk isinya sbb dah lari dr resipi.. tapi resipi kat bawah yang ori dari Ros. Terima kasih banyak Ros sbb share resipi. Izinkan akak tayang kat sini.. :)
NUGGET AYAM TAUFU - Sumber ros, jintanmanis. Asal resepi dari Rancangan Masakan Jepun.
Bahan-bahannya (banyak dapat ni, kalu makan 2-3 orang, buat separuh adunan jer)
4 keping daging ayam boneless ( boleh guna bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti ( breadcrumbs) ros guna jenis soft breadcrumbs
1/2 biji telur
150 gram taufu ( 1 bekas petak mini taufu) - di Malaysia buleh guna tauhu yang warna putih tu
sedikit garam
lada sulah
2 sudu kecil baking powder ( ni ros saje tambah)
*Untuk Coating*
2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu
3 cawan breadcrumbs
Cara-Caranya
1. Buang kulit pada isi ayam dan potong kecil-kecil, blender isi ayam hingga hancur. Nak guna food processer pun boleh, kalau guna blender tu jangan masukkan isi ayam tu sekali gus ye, masuk sikit-sikit kasi betul-betul hancur.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang telah diblender tadi di dalam bekas dan masukkan taufu, baking powder, lada sulah, dan garam, gaul sebati hingga taufu hancur.
3. Kemudian masukkan serbuk roti dan telur, gaul lagi. Selepas itu bentukkan nuggeta ayam mengikut citarasa masing-masing, bentukkan lah bulat ke, lonjong ke bentuk love ke, ikut kerajinan lah, semalam ros buat bentuk bulat je.
4. Apabila telah dibentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dengan telur dan salut semula dengan serbuk roti, kalau nak coating tu lebih tebal ulang langkah tadi sekali lagi. Boleh terus di goreng atau di simpan di dalam tempat sejuk beku. Selamat Mencuba.
( ros suke nugget taufu ni sebab rasa rangup di luar dan juicy di dalam dah rasa macam nugget yang jual kat supermaket malaysia tu pulak, hihi).
wow rajinnya buat nugget sendiri!
ReplyDeleteHi Nur, sedapnye nugget tuh!!! Buatan sendiri mmg lagi sedap kan...yummm! :D
ReplyDeletesedapnya nugget ayam tofu..nak sikit..
ReplyDeleteharus akak simpan resepi ni..bila2 rajin boleh buat. sekarang tgh mood malas yg amat.hehe
salam KOG,
ReplyDeleteala buat untuk makan2 jer. nak beli sebungkus besar kang, tak abis plak. ;)
hi sis love,
ReplyDeletebetul3x.. tak salah mencuba walaupun byk yg segera. :)
salam kak liyana,
ReplyDeleteala, saya pun sama kak. buat bila time ada mood dan bahan cukup... hihihi