Tofu telur bersos
Salam sejahtera, gud night,
Ada masa lak nak buat entry malam ni. Actually, suami saya gi kenduri doa selamat di rumah kawan sepejabatnya, abang Hanazli.Sepatutnya saya pun ikut. Tapi, rasa badan kurang sihat. mata pun berpinar2 dari petang tadi. Jari yang terhiris masa potong ulam kelmarin pula rasa pedih bila buat kerja.
Belom bagitau hubby saya kerana dia bergegas nak ke kenduri. Just mintak excuse, kata kurang sihat. Syukurla, dia memahami. Buat abang Hanazli dan isteri, mohon maaf banyak2 ya. Hubby tak bagitau pun kenduri untuk apa, tapi, memang terpaksa excuse, wakilkan suami jer. :)
Untuk alas2 perut makan sesorang, saya masak tofu telur sos tiram, tempe masak bening dan sambal udang. Sempat amik gambar tofu telur je. Bateri kamera dah abes... Gud night ya. Nak rest.
UPDATED RESIPI
TOFU TELUR SOS TIRAM - sendiri
2 bungkus Tofu telur - (jenis panjang) potong bulat2 sebesar 1/2 inc,
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 sdm sos tiram
2 sdm kicap manis
2 sdm sos lada hitam
air untuk kuah
1. Goreng dahulu tofu telur hingga skit garing di luar. Angkat. Tuang minyak lebih.
2. Dengan skit minyak, tumis bawang putih, masukkan air. Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis. Kacau rata. Bila kuah agak pekat, dan mendidih, masukkan tofu yang digoreng tadi. Biar sekejap. Tutup api, dan hidangkan.
salam nur.. dah sihat ke pagi nih? nengok tofu tuh mesti sedap jek kuah ngan nasik..kalo anak akak nak kuah jek..tofunya xnak..hehe
ReplyDeleteSalam kak Hasue,
ReplyDelete:) Bagi saya, tofu telur ni, senang dimasak,sedap dimakan. hihi.
Salam Adik ku Nur..amacam badan dah sihat ke...jarinya pula??? Sorry Akak memang sibuk gila nak raya ni...ni sempat jenguk kejap jer..yg kat laman sendiri pun tak berjawab sebab tak sempat nak baca & balas 1 persatu....maaf yer...selamat hari raya..akan terpaksa siapkan tempahan menjelang raya dgn sibuknya hari esok dan lusa!!!
ReplyDeleteSalam kak watie,
ReplyDeletehihi. tak apa. time dekat raya ni, time peluang cari duit lebih. Insya Allah, moga urusan kita dipermudahkan. Amin.. ;)