Salam sejahtera, selamat pagi,
Dalam beberapa hari ini, saya berasa dilayan seperti queen. Suami cuti pada hari Isnin dan Selasa, tanpa memberitahu saya. Sometimes, ia seperti surprise, sometimes, ia membuatkan saya lebih sibuk dari hari2 yang lain.
Cuma, mata saya agak cerahlah berbanding hari2 biasa yang saya lalui.Dari memandang dinding yang sepi.. hihihi. Ada teman bergaduh dan berborak.
Lagipun, hidup di apartment tidak seperti perumahan lain yang nampak orang lalu-lalang. Pintu rumah semua tertutup. bahkan jiran kiri, kanan, depan apt kami ni, zero manusia. kekadang nampak kucing dok lepak dlm umah tak berorang tu..
Hari Sabtu, stok lauk kat freeze dah susut. Saya tak masak. kami balik banting. Amik Thaqif kat UIA. Hujan selebatnya.Sempat amik stok kat Bro-Arts.Dan hantar stok tepung kek kat Siti. Ada tempahan dr membernya.
Dah lama juga tak ziarah mak ngan ayah mertua. Actually, masa raya haji nanti, suami dpt cuti sehari dua jer. ntah sempat tak beraya kat banting.
Hari Ahad, suami keluar bandar banting, cari kerepek. Saya, tugas still kat dapur bersama mak. Kata mak, tiroid masih ada.
Hari Isnin, saya perlu mengeposkan order baju untuk customer. nasib baik kat banting ada Telco n post. Hantar Thaqif kat MMU, Cyberjaya. Groupnya nak buat presentation untuk dapat geran MECD. Then, suami terus ke KL untuk hantar buku library. Tapi, national library tutup hari Isnin. Jadi, suami ajak gi KLCC.
Tiba-tiba lak nak gi tempat shopping moping. Pelik sesungguh. Kalu kita ajak, susah sangat nak pegi. "KLCC jauh skit, kita gi ONE UTAMA dah la, sambil2 beli buku kat MPH". Saya tanya ," Semua hutang dah bayar? Beli buku ni, banyak gak abis". Saya teringat last kami masuk, habis dekat RM 100. " Ada". Pastu baru jer masuk, suami ajak naik atas. " Jom beli tiket tengok wayang?" Saya terpinga. "Kata nak tengok sangat cite 2012. " Saya dah senyum meleret......cayang abang...
Hari Selasa, suami masih cuti. Katanya nak rehat2 kat rumah jer. Tido. Suami lak, ada masalh skit kat telinga. Habuk kat kilang banyak sgt kot. Bila saya cuba korek2 telinga suami, tiba2 telinganya sakit dan tersumbat. Tak dapat dengar sebelah kiri. "Abang, bukan salah ayang tau"... petang tu, suami ajak gi klinik. Dapat ubat titis ear drop. 3 hari baru telinga bole elok...
Hari Rabu, pagi ni, saya buat cekodok pisang. Bangun dah agak lewat. Saya pun dah pening camana nak bagi telinga suami elok. Guna cotton buds lagi, takut tersumbat lagi. Alahai...

best kan kalo hubby cuti, tambah plak duduk berdua jer..mcm honeymoon ler...mcm akak, time hubby cuti jer, mulalah penat, kena masak itu ini, pegi sana sini... hubby akak start cuti jumaat ni sampai ujung bulan..bayangkan!!
ReplyDeleteSalam Nur....seindah namanya...hihi..banyaknya aktiviti...wah tgk wayang yer!!
ReplyDeleteNur..suruh Hubby gi ENT le..Klinik EAR NOSE & THROAT...nanti kalau perlu dia kan vacumm keluar habuk apa yg menyumbatkan telinga dia tu!! Try lah!
salam nur.. sian hb ada masalah pendengaran lak..cuba la gi klinik kak watie syorkan.. akak nih ak tau klinik kat sana..tp seeloknya kena bwa gi pakar laa nur..takut berlanjutan yer..
ReplyDeletecekodok nur tuh nampak sedap..akak dah lama x makan cekodok..huu
Salam kak noorma,
ReplyDeletehihi. ada masa, penat lebih dr hari biasa. tp, sonok... ;)
salam kak watie,
ReplyDeleteshy2 ni. walau da byk kali pegi, surprise buat kita sonok, kan?
ni kali ketiga kena kak....haru, dah lupa mana kinik yang ada vacumm tu. dah 2 kinik pegi, bagi ubat titis jer.
salam kak hasue,
ReplyDeleteda 2 kinik pegi, kak.. diaorg takde vacum tu. penah jupe satu kinik ni. tapi lupa dah kat mana. huhuuhu.
cekodok pisang jer kak. ;)