Alhamdulillah, My Big Boy yang baru lepas treatment, kata laksa ni sedap... hihi
Salam sejahtera, selamat pagi,
Dalam 2 hari, dunia saya agak muram kerana hubby terlalu risau pasal telinganya yang tersumbat.Petang kelmarin, kami gi klinik lagi. Tujuannya nak mintak surat refer klinik pakar.
Doc klinik tersebut check lagi.Ada jerawat dalam telinga. Katanya, ada luka kecil semasa guna cotton buds. Dan luka tu bengkak.
Doc buat treatment dengan cara inject suatu cecair ke dalam telinga suami saya. Rasa nak nangis je tengok suami berkerut menahan pedih. Alhamdulillah, semua kotoran keluar dan pendengarannya jelas kembali. Kata suami saya, lebih jelas dari sebelum sakit. hihihi.
Hati saya beronak riang. Hati isteri mana yang tidak riang melihat wajah suami kembali ceria. Cuma satu jer buat saya terkilan, saya yang tolong bersihkan telinga suami guna cotton buds. Langsung tak tau effectnya. Doc cakap lepas2 ni, "Jauhi COTTON BUDS", for my Hubby jer la. Saya guna okay. :) Kalu lenkali tak dengar lagi, kena jumpa doc lagi, buang kotoran. My Hubby takleh guna cotton buds, sbb ia problem yang berulang.
Alhamdulillah, doa saya termakbul. Kami tak payah pegi klinik pakar. Thanks a lot pada kakak2 dan member yang bagi suggestion dan doa. Kami amat hargai.
Malam tadi, saya buat laksa. Ikan dah rebus awal2 da. Tinggal kisar dan masak kuah dan rebus laksa kering. Masa potong ulam2 ni, jari saya pula yang terhiris. Sib baik skit jer. Tapi ngada juga la. ihiks...mintak hubby potong ulam dan basuh pinggan....ihiks...laksa penang dan pelengkapnya
LAKSA - sumber majalah
1 paket laksa (saya guna laksa kering jenama EKA - direbus hingga empuk)
KUAH :
600gm ikan sardin - direbus, ambil isinya sahaja, dan dikisar kasar.
2 liter air rebusan ikan
5 ulas bawang merah - kisar
5 biji cili padi - kisar
4 ulas bawang putih -kisar
2 cm belacan -kisar
4 keping asam keping
1 sdb cili kisar / cili boh
2 kuntum bunga kantan - belah memanjang
4 tangkai daun kesum
garam secukupnya
Cara memasak kuah:
1. Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk.
2. Biarkan mendidih dan kuahnya agak pekat
3. Tutup api dan sedia dihidang.
PELENGKAP LAKSA:
4 biji telur rebus - belah 2
Limau kasturi - belah 2
2 biji bawang besar - jika suka, dihiris bulat
5 biji cilimerah - jika suka, dihiris2
1 batang timun - buang empulur dalamnya, dan yang lain saya cincang kasar.
1/2 biji salad - jika suka
kacang panjang / kacang buncis - saya hiris nipis2
Tips dari My Hubby's Mak Ngah : Banyakkan ikan, lebihkan sikit belacan, kurangkan pedas, guna ikan yang masih segar.
Tips lain :
1. Penting kuahnya tak terlebih masin
2. Laksa sedap kerana masamnya, bauan daun kesum dan bunga kantan, ikan yang banyak, belacan.
3. Bila merebus ikan, masukkan asam keping untuk ikan tahan lama, lengkuas dan skit garam.
4. Reneh perlahan bila dekat masak.
laksa yang siap direbus
kuah laksa
ulaman yang mana ada jer.... :)
selain kuah, telur rebus menjadi penambat rasa laksa.
salam...waaaa bestnya laksa....saya suka....tiga pinggan boley abis wooooo....
ReplyDeletesalam alimaz,
ReplyDelete3 pinggan? hihi. akak dah ketat perut ni.
alhamdulillahh hb nur dah sembuh yer...berkat doa isteri tersayang juge..hikhik..
ReplyDeleteTak sangka lak cotton bud pun leh bahaya ek..
pastu rajin pulak buat laksa..terliur jek nengok kuahnya..kalo ader lagik nak gak akak rasa masakan nur yg nampak sedap nih..hehe
Salam kak Hasue,
ReplyDelete:) Alhamdulillah. Saya pun tak tau suami saya takleh guna cotton buds. sbb saya guna ok jer. nasib baik tak apa-apa.hihi.
Ala, time rajin je saya buat kak. ;)
Alhamdulillah suami Nur dah sembuh. Kalau nak guna cotton bud tu, baik buat sendiri sebab kita tahu dalam mana dah kita korek. Kalau orang lain yang buatkan, dia tak tahu dah terlalu dalam ke tidaknya kan...
ReplyDeleteRajinnya buat laksa. Alamak terhiris jari.. sib baik tak jadi raja bersiong seisi rumah tu.. hehehe... gurau je... jangan mare!
Salam mamafami,
ReplyDeleteSaya pun tak berani. Dalam berhati2, terkena juga. Doc cakap,kalu untuk suami saya, makin guna cotton buds,makin kotoran tu masuk ke dalam.
Ntahla tinge orang lelaki. Abuk kat kilang pun banyak. kesian kat hubby saya.
Salam nur...
ReplyDeleteRajin nur ni masak....kali ni boleh tahan heavy menunya...laksa...terliur pulak akak jadinya...dah lama tak makan laksa, nampak gaya kena cari nih kat pasar malam Rabu nanti... :)
E-na pn ada dgr gak info kata better jgn guna cotton buds coz kotoran akan masuk ke dalam...depends la kot...nway laksa penang mmg my peberet, x mkn nasi le klu ngadap...biasa buat sume bhn ada baru sedap kan...dah dok sini nak sedap camna hu huu terliur nyaaaaa kuah tu!
ReplyDeleteSalam kak fzi,
ReplyDeletelaksa sempoi je tu, kak. hihi. semua pakat masuk je dalam periuk. kak nak gi pasar bukit sentosa ya? ;)
salam E-Na,
ReplyDeletentahla, ini masuk kali ketiga dah, tersumbat. Doc dah pesan, hubby saya takleh guna cot buds, tapi dah lupa,guna juga. Syukur, kali ni, tak melarat.
La, E-Na kat Jepun ya? baru perasan. Takpe,Insya Allah, ada byk cara nak buat tu. ;)