Alhamdulillah, hubby kata sedap... walau kuahnya terkurang. ;)
Salam sejahtera, selamat pagi,
Malam tadi kami dinner mee hailam. Sib baik ada lagi balen tulang, dan skit daging. Sawi takde, jadi saya guna kobis cina. Janji ada sayur. Tengok cara my MIL , tapi tak 100% tepat. hihi.
Ayam goreng berempah tu buat rantah-rantah. Guna chicken wings...huhui.Kempunan tengok ayam goreng berempah serai kat blog kak Ika. Saya copy resipi dr blog kak Ika. Resipi asal dari Love2cook@MyR.
Walau saya buat tak cukup bahan, tapi puas hati makan ayam tu. Siap krup-krap rempah-rempah yang mengelilingi chicken wing tu. Resipi yang sedap!
Air daging dalam 1/2 periuk sederhana - dari skit Tulang dan daging yang direbus ngan 2 inci halia.
1/2 paket Mee kuning
sayur sawi - dipotong2 (takde,saya guna kobis cina)
1 sdb cili kisar
2 biji telur ayam
Bahan tumbuk:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sejemput udang kering
Sos cili
sos tiram
sos tomato
kicap pekat
kicap manis
CARA :
1. Air daging ditapis. Daging dipotong kecil2.
2. Panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar
4. Selepas itu, boleh masukkan air daging, ketulan daging sos tiram,sos cili, sos tomato, kicap pekat, dan kicap manis.
5. Biar mendidih, masukkan sayur, telur ayam dan mee kuning.
6 Biar mendidih kejap.
7. Angkat. Hidangkan
Rupa tak sama sbb bahan tak cukup. Tapi kami suka chicken wings ni.
AYAM GORENG BEREMPAH SERAI - (saya buat 2 ketul chicken wing jer. jadi guna skit jer bahan - bahan)
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) -
* Bahan2 dikisar bersama:-
* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai
* ---------------------------------------
* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!Selamat mencuba! ;)
Hui hui. Jom rantah ayam....!
Salam nur...
ReplyDeleteRajin nur ni masak...macam2 menu...kali ni mee hailam pulak...sedap nampak tu...macam yang akak oder kat kedai...hihi
Ayam berempah tu kompem ya nak ambik resepi...memang nampak mabeles :))
Salam kak fzi,
ReplyDeleteHihi kepak ayam kami tu, tak cukup bahan. rupa asalnya laaagi maveles dari yang ni.
Ada-ada aje Nur ni mee makan ratah2 dengan kepak ayam lah...janji ubah2 selera kan Nur!!!Akak pun dah ketandusan idea....
ReplyDeleteSalam kak watie,
ReplyDeletehihi. bayang2 kan KFC jer... kiki