Salam sejahtera,
Ini dinner malam tadi. Gara2 teringin nak makan rendang daging. Raya puasa tak buat rendang daging, nak postpon ke raya aji lak. ihikss...
Buat nasi biasa, tak ngam lak...jadi buat nasi beriani. Guna resipi kat paket tu jer. Terkejut hubby tengok.Kalori nih, ayang...nak bg abang gemuks ke..? hahaha
RENDANG DAGING -sumber pn rosnah, majalah rasa jan 07
500 gm daging - saya dah rebus siap2, sehingga empuk dan airnya disimpan.
Saya tambah: perut lembu- juga rebus skali ngan daging.
1 paket kecil kerisik
500ml santan pekat - (santan abes,saya ganti susu cair)
1 sdt kunyit
2 biji buah keras - tumbuk( takde)
2 helai daun kunyit - mayang ( takde)
5 helai daun limau purut
Bahan kisar:
2 btg serai- potong kecil
10gm cili kering -rendam air panas kejap
3 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5cm lengkuas
3cm halia
1/2 sdb serbuk ketumbar (saya guna yg biji, semua blend, harum semerbak..)
1/2 sdb serbuk jintan manis
1/2 sdb serbuk jintan putih
garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Tumis semua bahan kisar bersama serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih tadi sehingga berbau harum.
2. Kemudian, masukkan daging dan biar seketika.
3. Selepas itu, masukkan buah keras, serbuk kunyit dam kerisik. Gaul rata.
4. Tuangkan pula santan pekat dan perasakan dengan garam.
5. Apabila telah naik minyak, barulah masukkan daun limau purut dan daun kunyit.Masak seketika
6. angkat dan hidangkan.
NASI BERIANI FAIZA - dari paket rempah faiza.(saya adjust saiz hidangan)
rempah tumis faiza -(saya tak bubuh)
3 sd besar minyak sapi - (saya ganti majerin)
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih -dimayang
1 paket 25gm rempah beriani faiza- ( bubuh 1 sdb pun bole)
Air untuk masak nasi (1:1)
garam
1 helai daun pandan (takde)
1 tgkai daun pudina (takde)
1 ketul kecil gula batu (takde)
1 ketul kiub ayam
1sb jus oren
1/2 cwn susu cair
2 1/2 cwn beras basmathi Faiza
sikit pewarna (tak bubuh)
Cara :
1. panaskan minyak sapi/ majerin, tumis bawang merah dan bawang putih tadi bersama rempah tumis (jika ada)
2 . Goreng hingga kuning dan wangi. Masukkan rempah beriani
3. Masukkan air secukupnya utk tanak nasi, garam, daun pandan, daun pudina, gula batu, kiub ayam, jus oren. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan susu cair dan beras yang siap dibasuh. Biarkan nasi tanak.
5. Bila sudah kering, titiskan skit pewarna. Biar masak.
p/s: cara saya, mula2 tumis bahan tumis kat tempat lain, bila da masuk beras, baru tukar ke electric rice cooker.
ACAR MENTAH
Saya buat simple jer. Guna bahan yg ada.
Carrot potong halus panjang
timun dipotong memanjang
cili merah dihiris serong
tuang atas air masak yg telah dicampur gula dan skit garam.
Saya tak bubuh cuka.
rendang tak cukup bahan..huhu
minuman lak, fresh orange...takde gelas lawa nak posing...:)
No comments:
Post a Comment