Walaupun tidak segebu kek kat kedai bakeri, rasanya yang hampir sama dah buat saya happy sesangat...
Salam sejahtera, selamat malam,
Kali kedua membuat kek keju. Alhamdulillah, semakin menjadi. Percubaan pertama, meringue tak cukup kembang sampai adunan terbalik tak jatuh tu...hihi. maka, jadi macam kuih lapis.
Cubaan kali ni, saya sabarkan hati, tunggu sampai cukup2 adunan putih telur tu betul2 cam meringue... memang menguji kesabaran. kejap2 tengok. tak cukup kembang lg ke? hihi.
Bagi orang yang baru nak berjinak-jinak ngan kek macam saya, memang perlu kesabaran buat kek keju. Masa double boil cream cheese memang sonok je. Tapi, masa membakar, fuh, satu cabaran juga. Bekas untuk adunan saya agak besar. Bekas besar untuk lapik loyang adunan dan diletak air panas tu, rendah sangat tingginya. Jadi, menggelegakla air dalam oven. Abis nitik-nitik air. Nasib baik ok jer...
Pastu boleh pulak saya pusing heater "both". Nasib baik cepat2 tukar "bottom". Ikut resipi, sepatutnya adunan ini kena buat 2 bekas, set masa 40-50 min. Saya masuk 1 bekas je, jadi kena bakar lama sikit, dalam 60 mint.
Itulah, pengalaman saya, yang baru berjinak2 buat kek keju. Memang faveret saya nih! Lenkali tak yah beli kat Giant atau Tesco lagi. Hihi...
P/S: Resipi ada di bawah... :)
LIGHT CHEESE CAKE - sumber buku Essential pastries & cakes - Chef Jimmy Chang
(saya ringkaskan cara buatnya)
Bahan 1 : (Semua bahan 1 dicampur, dicairkan guna kaedah double boil, dan tepikan)
300gm krim keju
150ml susu penuh krim
50gm gula aising, diayak
Bahan 2: (dimasukkan ke dalam adunan 1 bila adunan 1 dah cair)
3 biji kuning telur
30gm tepung jagung, diayak
Bahan 3: (semua bahan 3 dipukul dalam bekas berasingan sehingga jadi meringue)
3 biji putih telur
90gm gula aising, diayak
Cara-cara:
1. Semua bahan 1 dicairkan menggunakan kaedah doble boil. Diatas air yang panas, bukan mendidih. Bila dah sebati, keluarkan bekas dr bekas air panas tu.
2. Masukkan kuning telur dahulu. Kacau sebati. Baru tambah tepung jagung. Kacau sebati. Dan biarkan.
3. Pukul putih telur dan gula aising dengan mixer atau hand whisk sampai adunan likat dan kembang. (cara meringue- sampai adunan, jika dituang tak jatuh).
4. Masukkan 1/3 adunan putih telur tadi, ke dalam adunan yang siap didouble boil tadi. Adun lembut dengan spatula. Kemudian, masukkan baki adunan putih telur, dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan siap ke dalam bekas pembakar.
6. Tuang air panas 1/3 penuh ke dalam bekas pembakar yang lebih besar dan leper dr bekas kek tadi. Letak bekas kek tadi ke dalam bekas berisi air panas tadi. Bakar pada suhu 180c selama 40-50 minit, sehingga permukaan kek berwarna keemasan dan bila dicucuk lidi, ia tak melekat. Saya guna api "bottom" sahaja.
Wah..Akak baru jenguk rumah Zura...dok tunggu bila dia nak potong pandan rare cheese cake dia...tup2 kat sini pun dah belajar wat cheese cake...akak tak pernah wat tau...suka makan jer...hubby tak suka cheese!
ReplyDeletesedapnya...potong le kat E-na sket..hi hi hi
ReplyDeleteSalam kak watie,
ReplyDeletehihi. saya budak baru blaja. lgpun suka makan. hubby suruh blaja2 wat sendiri. guna cream cheese yang sah halal. yang kat bakeri, tak tau dia guna cream cheese camana. hihi
salam E-Na,
ReplyDeleteDah potong tu. silakan...hihi