Pagi ni, kami tergesa-gesa nak ke pasar pagi, beli lauk-pauk dan sayur mayur. Breakfast beli je. Saya terbaca catatan hubby tadi untuk wordpressnya. Kasihan melihat keresahan suami saya pada kedai yang kami beli kat Season Square.
TEH TARIK, TEH O - catatan dari My Hubby.
Seorang jutawan pernah menasihati saya ketika kami sedang bersarapan. Di hadapan kami terdapat 2 gelas. Gelas pertama berisi teh O dan yg kedua berisi teh tarik. Nasihatnya kepada saya, setiap drpd kita inginkan teh tarik, tetapi buat masa ini, apa yang ada di hadapan kita hanyalah teh O dan itu sahaja yg kita mampu pada masa ini. Jangan lepaskan peluang, dapatkan teh O. Kita hanya perlu menjualkan teh O itu dan menambah sedikit wang lagi bagi memiliki teh tarik. Tetapi apabila pada masa kita mampu dan bersedia bagi memiliki teh tarik tanpa perlu menjualkan teh O maka, kita tidak perlu melepaskan teh O itu.
Kaya dengan Rumah - Syamsuddin Abdul Kadir
Analoginya, teh O ibarat rumah apartmen, manakala teh tarik ibarat rumah teres 2 tingkat. Memang sukar untuk dapatkan penyewa yang terpaksa membayar wang yang lebih demi keselesaan berbanding rumah apartmen. Shamsuddin telah memberi pengajaran yang bermakna kepada saya.
Inilah keresahan suami saya yang tersayang....
Bagi sesiapa yang ingin menyewa lot kedai Season Square di Damansara Damai (teh tarik saya) di tingkat dua bolehlah menghubungi saya. Luas 454 sqft. Berdekatan dengannya ada McD dan terminal bas yang sedang dalam pembinaan.
http://www.mmail.com.my/content/13015-bus-terminal-damai-damansara-residentsKomen dari hartanah otai tentang season square,
http://tipshartanah.wordpress.com/2006/11/10/seasons-square-damansara-damai/
askum kak nurindah...mesti kak minat memasakkan?hehe..anyway..mgg nak jemput akak jOin blOg mgg kalO akak berminat dlm membaca nOvel..baca la nOvel mgg n kOmen k! :)
ReplyDeletesalam siti,
ReplyDeleteInsya Allah, akak akan buat lawatan :)