Actually warna apam ni gelap2 macam ni la.Maklumlah kek coklat. Gambar kat bwh tu, sbb cahaya.
Salam sejahtera. Order corelle masih dibuka sehingga 12 petang (pembetulan). Saya ada buat entry kat sini :http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/2010/07/sape-nak-order-corelle-thaqif.html. Dia jual murah2 macam sale kat mesia jer. Terbuka untuk sekitar KL dan gombak sahaja. Sila klik di http://oz2u.blogspot.com/.
Ha, baru masuk entry apam saya ni. hihih. Alhamdulillah, Allah luaskan fikiran saya sejak malam tadi. Sempat google kar forum cari, tambah2 tips buat muffin. Bagus forum nih, macam2 soalan kita terjawab. Malam tadi, tido pun nyenyak. Tak sedar tiba2 dah subuh. Saya panaskan kukusan, buat apam pisang coklat resipi kak hanieliza ni. Alhamdulillah, moist, naik, sedap...! Cuma ada skit bau2 soda ker baking powder. Takpe, lenkali kita tambah esen vanila ya. Jom... jom...!
APAM aka MUFFIN PISANG COKLAT
- Sumber Chef Hanieliza FP. Terima kasih buat kak liza. Mohon halalkan resipi, kak..
Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam
Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu]
Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak.
Kat sana apam....
ReplyDeleteKat sini pau...
(Ni pasal terliur pau kat rumah Nur hari tulah..)
apam ni mesti sedap kan! tu yang risau bila buat kek ke apam kalau ada rasa baking powder kan...
ReplyDeletesedapnya apam pisang coklat, bahan2 pun ringkas, boleh try buat ni...
ReplyDeleteSalam Indah. Sedap nampak apam coklat ni. Nak cuba juga lah satu hari nanti. Agak nya Indah tak ayak betul2 BP tu, sbb tu lah ada rasa BP kot....
ReplyDeleteSalam ckLah,
ReplyDeleteMengancamla pau inti cendawan ckLah :D
salam kak e-na,
ReplyDeletelembut sgt kak. sedap.. tapi tak tau mana silapnya bau baking powder tu.Takpela, mgkin saya tak ayak betul2.
Salam kak mas,
ReplyDeleteSenang je kak. pakai cawan jer. :)
Salam kak roz,
ReplyDeletesedap rasanya. Agaknyalah, saya tak ayak betul2. saya ayak sekali jer. ni pestime buat apam ada bau baking powder. huhu. nanti2 saya cuba lagi :)