Saya amat tertarik dengan agar-agar gula merah ni. Saya pernah makan hasil buatan seorang makcik masa satu majlis. Sungguh cantik lapisannya. Hari tu ada ternampak kat rumah kak zana, tetapi menggunakan agar-agar serbuk. Tetapi saya susah nak jumpa agar-agar serbuk kat kawasan rawang ni. Tak berani beli yg kat bakeri sbb tak tau buatan mana. Jadi saya survey yg guna agar-agar bertali. Saya ternampak kat satu FP kakak ni, al Fahanum.fotopages dan menggunakan agar-agar bertali.
Jadi, hari ini saya mencuba. Saya buat separuh je bahannya, hasilnya...hihihi. macam ni la. Kontot. Lapisannya tak nampak sangat. Agaknya kalu saya habiskan satu paket agar2 tu, mesti cantik agar-agar ni. :D Walaupun begitu kurang lawa hasil tangan saya ni, tak puas saya pandang. Sungguh seni....puas hati. hihihihi... Hasil tangan kakak empunya resipi ni laaagi cantik dari saya. Sila lihat di sana ya. :)

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH/GULA MELAKA
Sumber Kak Alfahanum FP. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi resipi. Mohon halalkan ya kak. :)
Bahan
25g agar-agar (1pkt agar-agar cap burung layang2)
1liter air
400ml santan pekat
1cwn gula merah/gula melaka
3/4cwn gula
1biji telur
1helai daun pandan
1tsp esen vanila
sedikit garam
Cara
1. Masak agar-agar bersama air dan daun pandan
2. Bila agar-agar dah hancur masukkan gula dan gula merah
3. Masukkan santan dlm sebuah mangkuk.
4. Tambah telur, garam dan esen vanila, kacau dgn garpu hingga sebati.
5. Tapis campuran santan ke dalam sebuah periuk
6. Tapiskan pula campuran agar-agar ke dalam periuk santan tadi
7. Masak hingga mendidih, kacau perlahan-lahan
8. Masuk ke dalam acuan



nur..sedapnye agar2 ni makan as desset lepas dinner kan?hehehe :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesemalam awak masak udang mamak, mamak tak marah ke awak amik udang dia? he he he...sedappp..udang n puding ni.
salam kak catlina,
ReplyDeleteOh ya... kami makan buat dessert. hihi..
salam kak gerau,
ReplyDeleteOh... terima kasih datang kak. Mamak tu baik ngan saya, takkan marah punya..! hihihi
Salam nur...
ReplyDeleteSedapnya beledo.... akak suka beledo santan nih...tak jemu makan kan nur...
Nur, semalam akak ada komen roti gulung tapi takde appear kat sini.. tq kongsi resepi salut pakai biskut tuh... hepi bila dah tau cara caner nak habiskan sume biskut dalam tin tu...hehe... tqvm nur!
salam kak fzi,
ReplyDeletesaya jarang buat beledo. banyak keras dari jadi... hihi. Syukur yg ni, comel skit, sedap rasa santan tu. haha.
pasal comment tu, banyak yg ilang... huhuk. Comment box ni mengong dari kelmarin kak. Arini dah nampak comment kak, agaknya dah settle masalah kot. Comment saya kat blog orang pun abes ilang. hukhuk..