Tu dia, saya masukkan potong2 ayam , tak ambil isinya sahaja. Sambil makan mee, rantah ayam skali. Ini dinner last night. Lebihan mee 200gm lagi, saya simpan buat mee goreng pagi ni. Seb baik my hubby tak komen, asyik mee jer. hehehe...
MEE BANDUNG SEGERA
Untuk 2-3 org makan.
2 paket Perencah segera mee bandung adabi
Air (4 cwn /secukupnya untuk kuah)
300gm mee kuning - dibasuh dulu, dan toskan
ayam - dipotong kecil
sotong - dihiris
1/2 ikat sawi- dipotong (asingkan batang dan daunnya)
6-7 biji Cili padi - diketuk. (mee bandung ni tak pedas, ikut selera masing2 utk tambah cili)
garam (paket dah ada garam, tambah skit jer)
CARA
1. Rebus ayam di dalam periuk kecil sehingga ayam empuk. Penuhkan airnya.
2. Tumis perencah mee bandung. Masukkan sotong dan batang sawi.
3. Baru masukkan ayam beserta air rebusannya. Tambah air lagi sehingga cukup kuah. Biar mendidih.
4. Baru daun sawi dan cili padi ketuk. Biar sekejap, tutup api.
6. Mee saya masukkan dalam 10 minit sebelum nak makan. Panaskan balik kuah mee bandung, masukkan mee kuning. Saya biarkan kembang skit. Baru tutup api. Hidangkan. Slurp! hihi.
UPDATE: Sebelum lupa, ini frame pemberian kak hana kelmarin. Terima kasih banyak2 kak. Saya paku kat dinding ni. Moga hanamemories terus bertahan. :)
Lama dah nak makan mee bandung, tapi malas nak buat sendiri... ngecek dengan Indah je la, bley?
ReplyDeleteSalam mamafami,
ReplyDeletehihihi... saya pun malas gak, mama. itu yg guna perencah sgra. ;)