Salam Ramadhan,
Semalam jadi juga, try udang nestum ala conflakes kak Maz-Bahrain.resipi asal dari kak ummi. Saya dah hati-hati masa bubuh garam macam kak maz pesan,tapi bubuh gula terlebih lak.hi hi.Menu berbuka kelmarin : Tauhu Sumbat + Rendang Ayam + Udang nestum.Rendang guna perencah adabi jer. hi hi. Tauhu,sendiri made.
Resipi saya rujuk dan copy dari blog kakMaz-Bahrain.Resipi asal dari Kak Ummi.
UDANG NESTUM ALA CORNFLAKES
Bahan:-
15 ekor udang sederhana
3 sudu besar marjerin/butter
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris bulat)
5 - 7 sudu besar bijiran nestum-saya ganti cornflakes
2 sudu besar gula- saya guna setengah sudu jer
garam secukup rasa
2 cawan minyak untuk menggoreng udang
Cara Memasak:-
Lumur udang dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sebentar. Toskan. Kemudian cairkan marjerin di dalam kuali yang bersih. Tumis daun kari dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan gaul sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa...gaul. Masukkan nestum dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
TAUHU SUMBAT
1. Tauhu 3 ketul
2. Bahan tumbuk : 2 biji bawang putih + sedikit udang kering
3. Tauge 50sen + carrot(dipotong panjang halus2)
4. Tauhu digoreng hingga kekuningan.Bila masak,angkat.Tauhu dipotong dua.Korek isi dalam atas dan bawah sikit.Asingkan isinya.
5. Tumis bahan tumbuk. Masukkan taugeh,carrot dan isi tauhu tadi,dan sikit jer garam(udang kering dah masin).Kacau sehingga taugeh dan carrot agak lembut.Angkat.
6. Isikan inti goreng tadi,ke dalam tauhu tadi.Siap untuk dihidang dengan sos.Saya guna sos cili thai kelmarin.
RENDANG AYAM
Paket pes rendang ayam adabi.Ayam saya rebus dulu.Santan 4 cawan.Didihkan santan dan pes.Masukkan ayam.Tambah serai(diketuk),dan daun limau jer..Didihkan sampai agak pekat.Tambah garam skit.
No comments:
Post a Comment