
Salam Ramadhan,
Berbuka kelmarin,saya tengok peti ais, tinggal udang, sotong,ngan telur,utk wat lauk. nat masak apa ek. Lihat tauhu lembut,teringin nak makan.
TAUHU SOS TIRAM
Saya masak biasa jer.
1. 2 paket Tauhu lembut (jenis panjang)-dipotong2,dan goreng kejap.
2. bahan tumbuk : 2 ulas bawang putih + sikit halia
3. Cili merah jika nak pedas skit
4. Sikit kicap manis
4. Tumiskan bahan tumbuk ,jika mahu,potong2 cili merah.masukkan air skit wat kuah,dan masukkan sos tiram (agak dalam 2 sudu besar).Saya masuk kicap manis skit. Mendidih jer,masukkan tauhu lembut tadi. Biar mendidih lagi. Angkat.Hidangkan.
SOTONG GORENG KUNYIT
1. Sotong- dibersihkan, dipotong bulat2
2. Dihiris: 3 cili padi + 1/3 biji bawang besar+ 2 ulas bawang putih + sikit halia
3. Sikit serbuk kunyit-sebagai warna jer.
4. Tumis semua bahan yang dihiris. Masukkan air,dan sotong,dan garam dan serbuk kunyit.
5. Biar masak.Hidang
UDANG MASAK LEMAK
Saya masak cam biasa jer. Tumbuk bawang besar + bawang putih + cili merah + halia.Masuk dalam santan.Biar mendidih.Masukkan udang yang siap dikopek.Masukkan garam.Biar mendidih lagi. Angkat.Hidangkan.

No comments:
Post a Comment