Sejak akhir-akhir ini,hati ini tersentuh sangat2.Dahulu, tidaklah terasa sangat. walaupun cuti dari berpuasa,saya tetap temankan suami bersahur. Pagi tadi, last makan,ada lebihan nasi kat pinggan, saya cepat2 masukkan ke mulut. walupun dah kenyang sangat. Ada nasi terjatuh atas meja,yang bersih,pun saya ambil. Moga ada keberkatan di situ. Teringat kisah tauladan yang saya baca:
LELAKI DAN DUIT 1 DINAR
Seorang lelaki,yang miskin dan keluarganya.Dia telah menjaga ayahnya yang tiada harta ut diwariskan,yang sakit tua. Sedangkan abang2nya tidak mahu menjaga ayahnya itu.
Setelah ayahnya meninggal dunia, satu malam dia bermimpi."Ambillah duit 10 dinar ini di tempat ini untukmu",kata suara itu.Lelaki itu bertanya,"Adakah keberkatan di situ?"."Tiada".Lelaki itu memberitahu isterinya. Isterinya yang gembira dgn rezeki yang tidak disangka menggesa suaminya mngambil wang itu."Aku tidak mahu,kerana tiada keberkatan di pada wang itu",tegas lelaki itu.Mimpi itu berlaku lagi.Lelaki itu tetap tidak mahu,kerana tiada berkat.
Sampai satu malam,dia bermimpi lagi."Ambillah duit 1 dinar ini di tempat ini",kata suara itu lagi."Adakah keberkatan di situ?". "Ada".Lantas dia memberitahu isterinya, lalu peri ke tempat yang dimaksudkan. Dia menjumpai 1 dinar.Lalu bercadang membeli barangan dapur untuk keluarganya.Di tengah jalan,dia menemui seorang lelaki yang ingin menjual ikannya. Lantas,lelaki yang mempunyai duit satu dnar itu,membeli ikan itu. Sampai di rumah, isterinya terus menyiang ikan itu.Dilihatnya, ada seketul batu berharga di dalam perut ikan itu.
Lelaki itu membawa batu permata itu kepada kenalannya yang mungkin mahu membelinya.Dengan izin Allah, dia mendapat duit yang banyak hasil jualn batu berharga itu.Alhamdulillah,dgn keberkatan dari duit , dan sifat tanggungjawabnya menjaga ayahnya sehingga akhir hayat,dia mendapat rezeki yang tidak disangka mengubah penghidupannya.
Teringat diriku dan suami yang masih belum bercahaya mata.Saya pasrah dengan ketentuan Allah. Apa yang kita doakan, mungkin Allah akan memberikan di dunia,mungki Allah akan menyimpannya untuk Akhirat kelak.Saya masih bersyukur. Sempat saya ceritakan kepada suami kisah ini :
KISAH SEPASANG KEKASIH
Kisah ini bukanlah kisah kekasih memadu kasih,. Tetapi kisah cinta berlandaskan hukum Allah.
Pemuda ini merupakan ahli masjid .Wajahnya tampan.Namun, dia tidak memandang sesiapa selain menjaga masjid dan beribadat.Berhampiran masjid tinggal sebuah keluarga kaya, yang mempunyai seorang puteri yang menawan.
Satu ketika, pemuda itu berjalan di sekitar, dan dia ternampak bayangan hitam di hadapannya.Rupanya ada kuda yang memacu laju di hadapannya."Tolong saya.Hentikan kuda ini",halus suara itu.Sedikit lagi,kuda itu mahu menerjahnya, pemuda itu berdoa"Ya Allah,hentikanlah kuda ini".Tiba2 kuda itu berhenti,dan insan berjubah hitam itu jatuh.Tersingkaplah purdahnya. "Sakitkah?" "Tidak,terima kasih".Gadis itu tersipu2.Pemuda itu mula berdebar-debar.Gadis itu terpaut pada wajah pemuda itu.
Sebaik pulang, pemuda itu amat keliru. Solatnya pun tidak sekhusyuk seperti selalu.Dia beristighfar. Aku terkena panahan syaitan atau jatuh cintakah aku?. Dia mula tidak tenang."Aku akan meminta untuk menikahinya".
Satu hari,pemuda itu menuju ke rumah gadis itu, dan meminangnya."Maaf,tuan. Aku tahu,tuan seorang yang soleh.Tetapi ada yang mendahuluimu dan bertunang dengan putriku".Hati pemuda itu hancur. Gadis yang mencuri dengar dari tadi, menangis lalu pengsan.
Pemuda itu mula jatuh sakit,kerana cinta yang merebak di hatinya. Gadis itu juga menderita jiwanya.Lantas satu hari,gadis itu mengirimkan surat kepada pemuda itu."Aku tahu,kau mencintaiku.Aku juga sama sepertimu.Pilihlah sama ada aku ke tempatmu,atau kau ke tempatku.Akan aku beritahu tempat dan masanya.Kita akan melunaskan rindu kita".Pemuda itu beristighfar,lalu menulis"Aku memang mencintaimu, tetapi kerana Allah. Maafkan aku menolak ajakanmu. Aku kirimkan serbanku padamu.Moga hilang rasa rindumu.Tetaplah imanmu.Bersabarlah,pasti Allah tunjukkan jalan".
Gadis itu malu sangat2 dengan permintaannya. Lalu dia pun menetapkan hatinya.Lalu sejak hari itu,berubah penampilan dan hidupnya. Selalu bersolat malam,dan menyerah diri pada Allah.Dia ingin menjadi wanita solehah dan mencintai kerana Allah.
Satu hari,lelaki itu mendapat surat.Dalam debaran dia membaca."Alhamdulillah,kekasihku.Ayahku telah memutuskan pertunanganku dengan lelaki yang berniat jahat itu.Segeralah ke rumahku untuk meminangku. Pemuda itu terkedu,menitis air matanya.Lalu sujud syukur.Moga ada keberkatan dalam percintaan ini..
Ringkasan dari DI ATAS SEJADAH CINTA.Habiburrahman el Shirazy
No comments:
Post a Comment