
Salam Ramadhan,
Alhamdulillah, banyak jugak saya angkut e-card raya. Moga merapatkan silaturrahim dan ukhuwwah sesama kita.:)
Menu berbuka kelmarin: nasi tomato + ayam masak serai + taugeh goreng.patutnya lagi ngam makan dengan daun salad dan tomato dan skit sup kosong,kan? lupa la...:)
Ayam serai ialah resipi maklang. Lama dah amik. masa tahun 2007/08. sedap ayam serai ni..
NASI TOMATO
Saya guna perencah segera IMAN, produk IKS FAMA.
3 3/4 cawan air -untuk tanak nasi
2 1/2 cawan beras basmathi-basuh dan toskan
serbuk perencah & sup bawang iman -Campur,dan kacau dengan sedikit air.
Ambil periuk nasi,letak atas dapur. tuang skit minyak, dan tumis perencah iman. kacau kejap. masukkan air. biar mendidih.baru masukkan beras.
Angkat periuk nasi. Tanak di dapur elektrik sehingga masak.Jika keras, tambah 1/2 cawan air lagi.kacau2 masa hampir kering supaya tiada kerak. Perencah dah ada garam,gula dan perasa.
AYAM MASAK SERAI- resipi dari dapurmaklang
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibunag biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
# sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
*** Saya tambah gula dan garam masa masak sambalnya.
Noted: Nasi tomato guna perencah iman tu ,amatlah sedap. Kami suami isteri suka sesangat.cukup rasa masin,manisnya.kurang masam, tapi kami suka.Alhamdulillah, respi masak ayam serai tu sedap. Tapi tak snap gambar. Saya kurang pandai buat kerana serai kurang kering.Insya Allah,lenkali buat lagi kering...

No comments:
Post a Comment