Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Tuesday, September 29, 2009

BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA DI BESUT, TERENGGANU




MOHON MAAF KERANA MASALAH TEKNIKAL , KAMI TIADA GAMBAR UNTUK DIPOSTKAN SEPANJANG CATATAN HARI RAYA.



Salah satu cabaran buat suami saya, ialah dia perlu melaksanakan banyak tugas kerana di sini, dia suami kepada kak long (saya ). Dan satu-satunya anak lelaki yang ada masa raya, kerana adik lelaki saya beraya di Kedah. Tambah lagi dengan adik2 perempuan saya yang ramai,tapi manja. Jangan mare ;)
Al maklumlah, di Besut ni, anak lelaki kena buat banyak kerja.Tidak seperti di Banting. Tugas saya pula lebih banyak di dapur menyediakan hidangan, setelah mama menyerah bulat2 pada saya. hu hu...

Alhamdulillah, suami saya yang juga abang long di banting, sabar melayani karenah adik2ku dan rajin membantu.

JUMAAT-IFTAR 28 RAMADHAN

7.45 pagi, kami hantar Ali naik bas di Jertih.Dia akan beraya di Kedah bersama isterinya dan anaknya di sana.Nura (adik kelima) pula, masih kerja di bakery hari ini. Selalunya mama, yang mepunyai lesen motor, akan menghantarnya ke Jertih. Tetapi, untuk lebih cepat, kami menghantarnya. Selepas itu, kami balik.Mama mahu ke pasar Kuala Besut yang buka setiap Jumaat.Jadi, kami membeli barang-barang kering untuk masak hidangan hari raya. Suamikulah yang murah hati membelanja, dengan bajet yang kami.

Kami balik rumah hampir jam 2 petang. Hampir pukul 4, saya dan suami keluar lagi . Adikku Jie, kerja di Demong Beach Resort. Kami bertolak ke kampung laut. Sesat jugak,kerana tak pernah ke kampung tu. Alhamdulillah, pukul 5 kami sampai juga. Sempat bersiar di pantai berdekatan.Jernih airnya..Jie membawa sate (yang mentah) yang mama tempah dari kawannya sekerjanya.

Sampai Jertih, kami singgah ambil Nura. Jalanraya agak sesak,kerana Jertih laluan persinggahan Kuala Teganu-Kota Bharu.Kami guna jalan dalam (jalan kampung) menghala ke Kuala Besut.Simpang kampung Tok Has, kami belok, dan sampai rumah dekat pukul 7.00pm.

Mama dah masak : tomyam sayur dan ayam + udang sambal tomato + ikan goreng.

SABTU-IFTAR 29 RAMADHAN



Pukul 4 pagi, saya dan suami berkejar mengambil Nurul (adik bongsuku) yang baru tiba dari Kedah. Dia mengambil kursus perguruan.

Balik, mama dah panaskan tomyam, dan goreng ikan cencaru.Saya pula ,buat sambal berlada untuk ikan cencaru tu supaya menambah selera.

Esok hari raya. Saya dan suami, berkejar ke pasar Jertih untuk membeli barang basah. Saya beli ayam, sayur untuk masak lodeh,dan cili. Daging memang dah tiada.

Petang tu, saya nak masak special untuk Ramadhan terakhir ini. Saya masak asam pedas, rendang ayam (paket segera jer), dan kue butir nangka dan goreng cempedak. sayur campur goreng dimasak adik kedua saya, Jie.

Ketupat yang ditempah belum masak, baju raya adik2 pun belum siap. Esok dah raya.Hampir maghrib, mama mengambil baju raya adik2.Malam raya tu...(yang sepatutnya kami menyediakan hidangan raya), saya dan suami berkejar pula ke rumah sedara bersama mama, mengambil ketupat palas yang baru masak petangnya. Penat....

Nura dan Nurul disuruh membeli tempat membakar sate. Malamnya, kami sempat singgah mencari arang..kelam kelibut betul. Balik dekat pukul 12 malam. Saya dan suami tidur.Ingat pagi esok jer masak hidangan raya....

AHAD -1 SYAWAL HARI RAYA

Saya bangun awal pagi, lihat mama dah siap masak rendang, kuah kacang, dan rebus nasi impit.Katanya tak tidur...kesiannya. Tapi memang dah sifat mama, berjaga malam untuk masak2. Saya dan suami, dah kepenatan dari siang.tak larat berjaga malam.

Masa suami dan abah smayang raya, saya berkejar masak lodeh..Alhamdulillah, siap. Adik2 sibuk menghidang, dan bersiap pakaian raya.

Mohon maaf ya, tiada gambar raya di blog. Adik2 segan.

Untuk makan tengahari, saya goreng ayam goreng rempah (guna balance rempah makcik ani). Jie buatkan sambal belacan.

Dekat tengahari, kakak dan abang tiri saya sampai 2 buah kereta.Saya yang sedang menyiapkan hidangan tengahari terkejut kerana biasanya hari raya pertama tiada orang yang datang ke rumah. Semua sibuk beraya bersama famili masing2.Jadi, hidangan tak cukup...hu hu.
Takperla. Yang penting kami bermaafan.

ISNIN -2 SYAWAL


Pagi, saya masak bihun goreng. Cincai jer. Kemudian, baru kami sempat pergi ke kubur atuk saya, belah mama.

Lepas balik dari kubur, kami masak nasi minyak, dan ayam masak merah untuk tengahari. Adik2 pula buat acar mentah. Kalaulah tanpa adik2 yang menjadi dayang2, mahu pengsan saya menjadi ketua dapur..

Saya rebus tulang lembu, untuk buat sup tulang, makan dengan nasi impit. Buat soto ringkas. Daging memang takder. Dan buat sambal kicap.
Alhamdulillah, semua orang suka makan sup tu, walaupun takder daging.

Petang, kami jemput sepupu di rumah ibu saudara yang sakit untuk makan di rumah kami.
Abang tiri sulung saya bersama keluarganya datang.

Hari ni, ada banyak kenduri, tapi hujan amat lebat. Petang, lepas Asar,mama ajak kami ke kenduri arwah sedara kat kg.padang luas.

SELASA-3 SYAWAL

Pagi, saya rebus bihun, dan makan dengan sup tulang. Kami menziarah mak long ( kakak mama saya) di kampung bukit payung. Juga ziarah kubur nenek (belah mama). Di sini ramai sedara mama saya...

RABU-4 SYAWAL

Saya ajak adik2 dan abah memziarah paksu mail di Kota Bharu. mama kena tolong rewang(masak2 ) kenduri jiran. Jalan agak sesak di jalan kubang kerian. Hanya keluarga paksu mail kami sempat singgah. perjalanan pun ambil masa 5 jam, campur singgah kejap di KB Mall,Kota Bharu. Sampai rumah ,dekat Asar.Kami singgah rumah jiran untuk berikan hadiah dan makan kenduri. Actually, itu majlis menyambut menantu, dan pengantin lelakinya kawan masa kecil kami adik beradik.


Malam, kami tidur awal. Esok, kami akan bertolak pulang ke Rawang.



KHAMIS -5 SYAWAL



Pukul 4 pagi, setelah bersalaman, saya dan suami bertolak untuk balik ke Rawang.
Kami solat Subuh di masjid dekat Losong. Suami yang teringin masuk masjid kristal tak jumpa jalan nak pergi ke masjid tu. Sempat kami amik gambar masjid kristal di tepi tasik.

Paginya,kami singgah di pasar payang,beli keropok keping, kuih muih. kami sempat singgah perkampungan pengusaha keropok Losong.Dan beli rm 50 keropok losong.Murah jer, RM1 dapat 5 ketul keropok.Bersama kuahnya.


Seterusnya, kami terus bertolak menuju Kuantan. Tetapi tersilap jalan dan melalui jalan pantai. Walaupun jauh jaraknya berbanding jalan biasa ke Kuala Lumpur, bau pantai dan pemandangan indah pantai sepanjang jalan, buat kami tak terasa letih. Sempat juga singgah Cherating.

Sampai di rumah, waktu maghrib. Lalu, kami bertolak lagi ke Banting. Sampai dalam jam 10 malam.

JUMAAT -6 SYAWAL

Kami sempat berhari raya ke rumah mak Ngah, wak mum, paman, Umi di sekitar banting dan Sijangkang. Malam tu, kami bertolak pulang ke Rawang,kerana suami kerja hari Sabtu

SABTU -7 SYAWAL

Pagi2, saya kukus keropok losong yang saya simpan di tempat beku dalam peti ais. Dah lembut, saya goreng separuh dan separuh lagi untuk makan rebus. Saya pekkan. Suami ingin menjamu rakan-rakan sekerjanya.

AHAD -8 SYAWAL

Ziarah Ainin, anak Umi yang kena apendiks. Dia di wad Hospital Klang.
Belum tentu, kena bedah ke tak. Malamnya, kami ikut jalan Subang Jaya, menjengok Kak Zie (kakak angkat).

ISNIN -9 SYAWAL

Malam tadi, kami sempat berhari raya di rumah abang Hanazli, rakan sekerja suami saya.


No comments:

Post a Comment

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers