Assalamualaikum wr wbt,
Hidup selalu menceriakan...sometimes, kita hanyut dalam perasaan. gembira berhari raya di kampung, hiba dengan mama yang cedera tangannya dan tidak beritahu pada saya sepanjang ramadhan lalu.sedih mengenangkan mak yang terkena tiroid di hari raya yang saya tahu dalam perjalanan ke terengganu. gembira bakal mendapat anak saudara lagi dari adk lelakiku,Ali. Dan 3 hari lepas, Ainin, sepupu suamiku dimasukkan ke wad kerana appendiks.
RABU- IFTAR KE 26
Ini kali kedua, kami balik ke kampung dengan kereta sendiri.
Raya haji tahun lepas, kami naik bas. Jadi cabaran kali ni, suami masih perlu drive sesorang,kerana saya belom ada lesen.
Petang itu, saya tidak memasak kerana tak mahu dapur kotor. hm..alasan jer :) Siangnya saya mengemas rumah, dan barang yang patut dibawa dalam perjalanan. Alhamdulillah,bawa yang ringan2 jer. Keta pun keta kancil. Jadi,makin ringan beban,makin laju keta, makin cepat sampai! ;)
Petang tu,kami makan-makan ringan. Dalam pukul 9 malam, kami bergerak dari rumah. Kami melalui jalan Gombak menuju Kuantan. Sempat singgah di Temerloh, makan nasi berlauk ikan patin. Larut malam begini,ikan patin seketul murah RM6, yang biasanya RM12. Setelah bekerja seharian, suami agak mengantuk. Bantuan air red bull pun kurang berkesan.
Menjelang hari baru,suami mengucapkan selamat hari lahir pada saya. Kemudian pada pukul 1-2 pagi, satu persatu adik-adik saya menghantar SMS hari lahir.Alhamdulillah, moga hubungan kami adik-beradik, rumahtangga, aman ceria.
KHAMIS- IFTAR KE 27
2.52 a.m, kami sampai di Kemaman,. 3.30am sampai di Dungun. Saya masih berjaga dalam kantuk, kerana menemani suami. Sempat kami mengisi minyak, dan bersahur pada 5.00 am di sebuah kedai makan. Melihat Subuh dah masuk, kami singgah di masjid berdekatan.
Kami solat dan membersihkan diri sekadarnya.Melihat masjid yang dijadikan pusat tahfiz di kampung Rusila, suami berhenti untuk mendengar tazkirah pagi. Tetapi dah bukan rezeki, tazkirahnya pendek jer. Sampai di masjid seterusnya, dekat Kuala Terengganu, kami berhenti lagi dan kami suami isteri terlelap. Ngantuk sangat2.
Setiba di Kuala Terengganu, kami agak kepenatan. Suami lagilah penat.
Kami singgah di Inforana, tempat Jie berkursus perhotelan, dan mengambil sijilnya. Kemudia, suami ingin membeli ole2 sikit di pasar Payang buat kelurga. Mungkin bila pulang ke Rawang nanti, kami takut tak sempat singgah.

Selepas itu,kami teruskan perjalanan. Tiba di Jertih, Besut, dalam 4 pm. Kami berhenti di Econjaya. Membeli skit barang dapur. Maklumlah, kami ni kaklong dan abang long di sini,dan bawa kereta. maka, banyak tugas rumah, kami perlu ambil alih sementara kami di kampung. Mama masih di rumah sedara, jadi kami pergi pasar Ramadhan untuk membeli lauk berbuka.
Alhamdulillah, kami sampai juga dengan selamat.Hari yang amat meletihkan. Kami yang mahu bertarawikh di masjid, terlena denga rasa syukur yang panjang...temui tilam dan bantal yang empuk.


No comments:
Post a Comment