Salam Ramadhan,
Petang ini,Sabtu, kami mendapat jemputan berbuka di Subang Jaya. Seramai 40 orang dijemput. Moga murah rezeki orang yang menjamu orang berbuka. Walaupun yang menaja bukan orang Islam, tetapi, sebagai tanda persahabatan, mereka menghormati kami,dan menaja berbuka puasa di tempat yang selesa. Alhamdulillah.
Sempat singgah di Subang Parade.Kami lihat banyak sale,tapi tengok jer dlu. Ada set hidangan yang cantik. Harganya pun RM100 lebih. Teringat tahun ni,kami akan beraya di Besut, Terengganu, saya cadangkan supaya suami belikan set tu untuk maknya (my MIL). Cantik set tu.Akhirnya, suami beli set hidangan tu.
Harap-harap mereka tak sedih masa kami takder,masa raya. Kesian, mak yang anak perempuannya yang cuma seorang. Mesti penat di hari terbuka nanti.Biasanya, saya ada membantu.Lagipun Rina mungkin balik rumah mentuanya,membantu. Serba-salah rasanya.
Saya ada ramai adik perempuan, ada 3 orang di kampung masa Raya. Jadi mama saya tak sepenat mak (my MIL).
Selepas berbuka, kami berbual-bual sekejap. Syukur kami, boleh berniat solat jamak ta'khir. Dapatlah kami melayani penaja. Selepas itu, ada rakan kami yang balik Seremban, dan lain-lain lagi. Jadi,kami pun beransur bertolak ke Banting yang jaraknya 1 jam dari Subang Jaya.
No comments:
Post a Comment