Salam Ramadhan,
Dalam minggu ni,kami amat berjimat.Last pergi pasaraya, Ahad lalu di Econsave,Banting.Di sana,pun kami beli seafood,kerana ikan2 nampak dah tak segar.
Menu berbuka kelmarin: sosej bersos, telur bungkus sardin, lepat pisang yang diberikan jiran,dan kek yang saya bakar awal petangnya.
KEK MENTEGA COKLAT MARBLE
ALhamdulillah, dalam tiada lauk segar, saya sempat pelbagaikan telur yang ada. 5 biji telur dah dibuat kek mentega marble coklat. Guna pek tepung kek Dhiya. Maaf, tiada gambar.:) Jadi juga belang2 marble coklat tu. Sebijik cam warna zebra..hehe. Rasa, cam kek mentega juga.
TELUR BUNGKUS
2 biji telur, saya buat telur bungkus. :)
Syok tengok Telur bungkus kak maz-Bahrain. Tapi saya guna sardin.
2 biji telur- untuk didadar
1 tin kecil sardin - ambil beberapa ketul ikan saja,dilecek sikit
1 paket kecil mix vegetable
Bahan tumis : 1/3 biji bawang besar + 2 ulas bawang putih - kedua2 bawang didadu kecil
1/2 ketul stok ayam maggi
Tumis bawang, masukkan mix vegetable, skit air, dan stok ayam, dan ikan sardin . Biar sampai mix vegetable lembut skit dan air kering. Angkat.
Pukul telur sedikit kembang.Kecilkn api.Tuang skit minyak dalam kuali. Ratakan. Pegang dan angkat skit kuali,masuk telur dari tengah lalu goyangkan kuali sehingga telur melebar tipis.Masukkan inti sardin tadi, ditengah telur,secukup telur boleh balut.Balut terus di atas kuali.Pstikan buat secepatnya.Jika mahu,biar garing skit.
SOSEJ BERSOS
Saya buat biasa jer. Guna sosej ayamas perasa cendawan.Potong sosej serong2 ala keropok lekor..Goreng sosej dulu.Tumis bawang besar dan putih yang dihiris. Masuk skit cili boh.Kemudian, masuk sos tomato dan sos cili dan air untuk kuah. Biar mendidih,masuk sosej tadi. Biar skit pekat. Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment