Salam Ramadhan,
"Ya Allah, kekalkan cinta kami di dunia dan di akhirat.Ya Allah, masukkan kami ke dalam syurga Firdausmu agar kami dapat terus bercinta selama-lamanya.Amin"
Di malam-malam 10 akhir Ramadhan,saya masih lagi cuti umum.Dilarang berpuasa,mahupun solat. :) Mesti semua faham,kenapa kan?
Lalu malam tadi, saya membaca novel islami,AYAT-AYAT CINTA dari Habiburrahman el Shirazy.Saya tertidur sambil2 bibir mengikut doa, zikir yang diucapkan oleh watak-watak novel itu.Pagi,ini selepas Subuh, saya menyambung kembali.Alhamdulillah, novel setebal 492ms itu selamat dihabiskan tanpa skip.
Sememangya, sejak awal bab, seperti ada layar filem AYAT-AYAT CINTA yang bergerak di alam fikiran sambil mata menyoroti bait2 kisah kehidupan Fahrin, dan mereka di sisinya.
Alhamdulillah,coretan kisah hidup Fahrin, benar2 membuat saya kagum akan kebijaksanaannya hidup di rantau dan istiqamahnya dia dalam menghabiskan tesis dan berpegang pada Quran dan hadis. Benar penulisnya mahu, Fahrin menjadi tauladan buat orang di sekitarnya.
Jalan ceritanya tidak jauh berbeza dari filemnya. Cuma pro kontra wataknya ,amat jelas tidak sepadan.Di filem,watak utama, pembantu, dan Maria telah dikomersialkan.Mungkin sesuai dengan kehendak penonton yang mahu watak sedih,cemburu,dan romantisme...tapi tidak bagi saya.
Saya menggemari kisah biasa,tetapi indah seperti coretan prof HAMKA.
ROMANTISME ISLAMI
"Alangkah manis bidadariku ini
bukan main elok pesonanya
matanya berbnar-binar
alangkah indahnya bibirnya
mawar merekah di taman syurga"
"Sayang, tancapkan dalam hati
walau tak kini
esok insya Allah terjadi
kita akan bulan madu lagi
berkali kali
lebih indah dari yang telah kita lalui
apalagi di syurga nanti
walau tak kini
esok insya Allah terjadi
selama cinta kita tak pernah mati
selama iman masih terpatri dalam diri"
Di filem,saat romantis Fahrin dan Aisha kurang wujud. Tapi ada adegan ciuman(mungkin olok2) antara Fahrin dan Maria setelah pernikahan di hospital.
Di Novel asal,romantisme tetap wujud di jalan cerita di mana bermula semasa pertemuan ta'arruf Fahrin dan Aisha, syairnya semasa melihat wajah di sebalik purdah Aisha, dan syairnya di malam pertama di flat setelah dinikahkan. Sungguh, mengasyikkan bait2 kata cinta yang dilakar oleh penulis novel ini...
NILAI PERSAHABATAN
"Uhibbuka fillah"
Di filem,kurang bercerita tentang sahabat2nya.
Di novel, sahabat-sahabatnyalah yang menjadi saudaranya di al-Azhar.
Teman serumahnya yang junior,lucu, penuh prihatin ,dan rasa menghormati, juga ada sifat tanggungjawab dalam melayari kehidupan bujang sepanjang kisah hidup Fahrin dari awal, sehinggalah dia dilepaskan dari penjara atas tuduhan fitnah.Mereka juga seorang yang tekun belajar, gigih bergiat dalam dakwah, juga 'hafiz' seperti Fahrin juga.
NILAI KEJIRANAN
"Dan jika kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya (Surah An Nisa': 86)
Di filem, hanya ditonjolkan persahabatan Fahrin dengan Maria dan mereka kelihatan bersahabat sehingga dibenarkan masuk ke bilik kerana menolong Fahrin menyemak bahan tesisnya.
Di novel, dimulakan dengan persahabatan antara Fahrin,teman2 dengan Yousef, adik/abang Maria. Kemudian,bapa Maria Tuan Boutros, barulah Maria dan ibunya. Dan Fahrin,bukanlah lelaki yang mudah mengajak wanita masuk ke bilik mereka.Hanya sekadar membantu membelikan apa2 semasa ke kedai.Semasa dia sakit pun,Maria datang bersama ahli keluarganya..
SIFAT MENYENANGKAN HATI
"Allah yaftah 'alaik,ya bunayya! Allah yaftah 'alaik! Jazakallah khaira! "
"Semoga Allah membuka hatimu (menambah ilmumu),wahai anakku! Dan semoga Allah membalasmu dengan kebaikan! "
"Mein name ist Fahri"
Di filem,kurang ada sifat2 Fahrin.Di novel, diceritakan dengan jelas sifat Fahri, mahasiswa Indonesia:
1. Berfikiran intelektual dalam isu presiden Indonesia yang kurang menjaga warganya di perantauan,perbezaan sistem pondok yang mendapat dana yang bagus dan bersistem,juga yang bergerak dengan dana menyuruh kanak-kanak berniaga di tepi jalan.
2. Menghormati jiran tetangga.Fahrin dan rakan serumahnya bersabar dengan air dari rumah Maria yang menitis ke rumah mereka
3. diceritakan jelas pengetahuannya yang luas tentang sikap2 orang Mesir yang memudahkannya bergaul walaupun dengan orang di pasar, dan pengetahuan bahasa Jermannya yang telah membawa Fahrin mengenali Aisha.
4. Sifatnya yang suka menghargai oranglain dengan memberi hadiah.
5. Tak lupa, sifatnya yang suka merujuk orang alim dalam menyelesaikan masalah batiniahnya yang cenderung mengikut sunnah Rasulullah dan para sahabat...
NOTA ILMU:
"Ilahi,setiap kali
bila kurenungkan kemurahanMU
yang begitu sederhana mendalam
aku pun tergugup
dan membulatkan sembahku pada Mu"
1. Menjaga solat walaupun penat berjalan jauh,walaupun sakit tak mampu bergerak, walau sibuk menyelesaikan tesis, walau sedang berduaan di samping isteri.Kerana solat itu wajib ditunaikan.Rehat beserta solat adalah rehat yang sempurna,kerana sujud menyegarkan aliran darah.
2. Adab berdoa di dalam bilik pengantin.
3. Adab pergaulan wanita dan lelaki. Walaupun intektual, bersalaman masih tidak dibenarkan.
4. Kasih-sayang pada ibubapa
5. Adab belajar dan mengormati guru
6. Buat lakaran hidup plan sebulan, setahun, hingga 10 tahun akan datang.
7. Selalu mencatat hari penting di kalendar
8. Menjaga aurat semasa mandi
9. Menjaga tanggungjawab sebagai penghuni rumah
10. Belajar tentang diri orang lain, supaya menyenangkan bergaul.
11. Air zamzam penawar sakit batin dan zahir
12. Solat istikharah,Minta pandangan orang alim, dan ibu jika ada masalah berat.
13. Mengasihi dan memanjakan anak-anak kecil.Ikuti pesanan Lukmanul Hakim
14. Bahasa Jerman
salam ziarah kak...best dan syahdunya novel nih....
ReplyDelete