
BERKAT KEIKHLASAN
Pemuda ini seorang pelajar di Univ al Azhar. Lurus,dan soleh. Dia berniaga separuh masa untuk menghabiskan sarjananya. Kadang-kadang dia tak mampu membayar sewa rumah berbulan-bulan. Untung tuan rumahnya tidak meminta-minta wang sewa. Dia bersyukur.
Satu hari di kala menjual kaset ceramah di hadapn masjid yang di dalamnya ada kuliah dar penceramah yang sama dengan kasetnya,dia dikunjungi seorang gadis.Menawan,hatinya bergetar.Lalu berlaku jual beli.Dan kaset itu bertukar tangan. Dia mendapat untung pada hari itu,cukup untuk membayar sewa rumahnya.
Lantas dia ke tandas.Di dalammnya dia ternampak ada satu beg lusuh."Ada yang tertinggal".Lalu dia segera keluar dan menyerahkan kepada kariah masjid."Kau ini yang selalu berjualan di hadapan masjid,ya?"Dia mengangguk.Langsung, dia terus ke tandas menunaikan hajatnya.Dia ada mendengar pengumuman dari imam masjid."Moga pemilik beg itu ada mendengar,"kata hatinya gembira kerana berbuat baik.
Satu hari,namanya dipanggil semasa dia berniaga."Ke sini,ada yang mahu menemuimu". Lelaki tua di hadapannya berterima kasih padanya, lalu menyerahkannya sebungkus wang.Pemuda itu menolak."Saya ikhlas,tolong jangan berikan wang itu."pemuda itu menolak berkali-kali.Lelaki tua itu lalu berkata"Anakku, dalam beg lusu ini,ada sebnugkus wang,ada kalung berharga untuk putriku yang tamat menghafal quran,dan cek bernilai ribuan dolar,kerana itu aku amat bersyukur dan terima kasih padamu".Pemuda itu terkedu."Benar,saya ikhlas,tuan".Lelaki tua itu lantas mengumumkan"Kerana pemuda ini menolak,aku umumkan wang hadiah ini,aku sedekahkan kepada fakir miskin".
Beberapa tahun berlalu.Pemuda itu berjaya menamatkan sarjananya.Dia masih kesempitan,dan mahu menyambung master.Akhirnya pihak alAzhar mahu menghantarnya ke desa yang memerlukan imam dan mendapat elaun. Dia setuju.Di sana, dia bersungguh2 mengajar kerana ramai penduduk yang masih buta al-Quran,dan amalan Islam.Bertahun, dia tamat kontrak dan ingin kembali ke al-Azhar untuk menyambung masternya.
Pemuda itu didatangi seorang lelaki tua."Kami amat menyayangimu.Dan jika dapat tidak mahu kau pergi dari kampung ini. Aku ada hajat.Cucuku, seorang putri yang solehah,ibubapanya sudah tiada,sekarang di tahun 2 di al-Azhar.Aku rasa sepadan denganmu.Mahukah kau mengahwininya?" Pemuda itu menurut untuk ta'arruf.
Masa ta'arruf,pemuda itu mengenali gadis yang pernah menggetarkan hatinya.Juga gadis itu masih ingat akad jual beli pada hari itu.Mereka bersetuju dinikahkan.
Pada malam selepas dinikahkan,gadis itu masuk tanpa purdahnya. Pemuda itu terpandang kalung di leher isterinya."Aku rasa pernah lihat kalung itu.Kata orang itu, kalung itu ingin dihadiahkan buat putrinya yang baru tamat menghafaz Quran".Gadis itu menangis."Engkaukah suamiku,pemuda yang menolak hadiah dari ayahku?".Pemuda itu mengangguk."Hari itu,ayahku menemuiku dalam tangisan.Katanya seorang pemuda soleh telah mengembalikan begnya tanpa sedikit pun kurang isinya.Dia berkata, jika dapat,mahu menjadikan pemuda itu menantunya.Abang tahu apa hatiku berkata?" "Saya berdoa,jika benar pemuda itu soleh,moga dia menjadi suamiku.." Suaminya terkedu.Langsung tidak disangka.Kebesaran Allah.
"Bagaimana kau ada di situ,isteriku?""Saya di situ menemankan ayah.Sambil2 itu,saya berjalan di sekitar masjid dan langsung membeli kaset darimu".Gadis itu tersenyum manis"Hari itu,abang telah menolak hadiah ayah, tetapi sekarang abang telah mendapat semua hartanya, dan pemiliknya bersama".Gadis itu memeluk suaminya.Moga hubungan ini dirahmati Allah.Kesabaran itu pasti ada hikmahnya....

No comments:
Post a Comment