Salam Ramadhan,sambil menunggu suami balik,saya buat butir nangka nih. Tak pernah buat nih. Berdebar2. Alhamdulillah, ok, maintain..hi hi.Menjadi, Ijan. Thanks for this sweet menu.Resipi dari Ijan-blogresipi.
KUIH BUTIR NANGKA
Kuih Butir Nangka (7-8 orang)
* 4 cawan tepung beras pulut
* air
* sedikit kapur makan (kite tak letak, takde)
* secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
* (bahan utk kuah)
* santan dari setengah biji kelapa
* gula (kite guna brown sugar)
* 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor)
* garam
* daun pandan
1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.
No comments:
Post a Comment