
Salam Ramadhan,
Petang Sabtu, suami kerja. Petangnya, kami siap2 keluar sebab ayah datang ke UIA untuk ambil Thaqif,kerana dah start cuti raya.Kami nak bagi handset ayah yang tertinggal di dalam kereta kancil kami,setelah minggu lepas kami pulangkan kereta ayah. Kami ingat nak ajak mereka berbuka di luar. Lagipun tak plan. Rupanya mak tak datang skali.Tak jadi la nak berbuka sama-sama kat kedai makan.
Thaqif baru lepas accident.Jatuh kat atas jalan masa waktu naik motor selepas exam. Kesian.Nasib tak teruk.Kami berikan skit duit persiapan raya kepada ayah,sebab kami tak beraya kat Banting. Tahun ni,Insya Allah,kami balik Besut,Terengganu (kampung saya).
Selepas itu,kami pergi membeli makanan berbuka. Sekadar berbelanja di pasar Ramadhan Greenwood.Kami beli:
nasi kerabu = RM4 X2
+ ikan siakap bakar= RM 15 (besar)
+ air laicikang =RM 2
+ air bunga= RM 2
+ kuih cara = RM 2
+ pulut panggang+lepat pisang =RM2 (campur)
+ karamel =RM 2 (lagi murah dari Bkt Sentosa)
+ bubur lambuk = RM3 (kali ni,ada daun ulaman,dan daging)
+ bubur jagung= RM2
Fuh..banyak kami beli. Da lama tak pergi Pasar Ramadhan kat Greenwood. Nasi kerabu kat Greenwood alwiz sedap...

No comments:
Post a Comment