
Salam Ramadhan,
Petang kelmarin,kami rehat secukupnya kat rumah. Seronok,kami ada bersama-sama kat rumah kerana biasa hujung minggu ada jer plan atau kerja.
Lepas zohor,kami bergerak ke Rawang.Firstly,singgah HPA beli air 5 liter untuk bekal bermusafir ke Terengganu nanti (malam Khamis ni).
Air mineral HPA tu bagus, kerana dari sumber yang bersih,dan banyak zat mineral.Moga2 kami segar-bugar masa drive nanti...
Then suami sempat tukar filter kereta,nanti baiki lampu belakang yang tak menyala. Kena hati2, sebab kami nak gerak malam..kena caj RM20.Baik betul orang cina tu. Ramah.

Lepas tu,kami pergi Baking World,beli barangan untuk buat kukis dan kek raya.:) Habis la RM 45. Sempat beli tudung selai. Lepas tu,kami terus pergi ke NSK Rawang,beli barangan dapur basah untuk 4 hari.
Juga barang2 dapur kering buat simpanan sebelum balik kampung.Dengan itu,bila kami pulang dari Terngganu nanti,dah relaks skit.Suami sempat buat kad ahli NSK. Moga dapat murah skit. Abis semua dalam RM 160.
Di NSK sempat beli tudung selai,RM10,warna maroon.
Saya rasa penat sangat,sebab arini first time puasa lepas bercuti umum. Plak tu, tak sahur...hu hu...Kesian suami.Kami terus balik ikut highway,memandangkan jalan kecil Rawang agak sesak.
Sampai MK, kami singgah di Taman Kenanga, beli roti John RM 2, Kuih pelita RM2, tembikai+ ais ketul kat kedai RM 2.30. Teringin nak minum teh o ais...

Di rumah, saya prepare bahan masak. Kami berbuka dulu. Lepas solat Isyak, baru saya masak CHAR KUE TEOW . Resipi dari Che 'iza. . Alhamdulillah,menjadi. Ini saya copy resipinya dari blog che iza.
Bahan-bahan
Untuk Paste
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula
Untuk Mee
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur
Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min jer, pastikan api kuat semasa memasak.
5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
Noted:
* Saya tak ikut sepenuhnya,kerana bahannya tak cukup.Tapi paste,memang dah cukup rasa.
** Lebih sedap masak sepinggan2, dan mi tak payah banyak sangat.
*** Alhamdulillah, menjadi char kue teow saya. Terima kasih bebanyak che 'iza. Kami suami isteri suka sangat resipi ni. :)

No comments:
Post a Comment