
Salam Ramadhan,
Menu bersahur kami : kentang goreng cili padi dan bilis + ayam masak kicap + sambal tutok + tempe mangan bening.
Masa nak solat Asar..hu hu, saya tak boleh solat. Sikit lagi nak berbuka. Suami cakap, kesiannya saya. Sabar jerla.
Hari tu, sempat kami pergi Econsave, beli barangan dapur kami. Tumpang kat peti sejuk mak. Petang tu,kami masak ringkas: nasi goreng cili padi + bihun goreng udang kering + ayam ayamas. Yang lucu, saya beli nugget yang bentuk huruf a,b,c. Masa beli,tak perasan. Nampak paket tu, nugget perasa cheese dan tomato. Bila buka, macam nugget budak2 jer. he he. Goreng jugak nugget tu skit.

Malam tu bersiap nak balik Rawang. Suami cari kunci kereta tak jumpa. Badan saya rasa macam nak patah ni.Sakit semua. Tak larat cari, suami tertidur. Saya tunggu mak balik dari Terawih. Mak pun pening mana nak cari. Sebab tak sihat, saya naik bilik, tidur. Tak payah balik la malam ni...
Tiba-tiba suami kejutkan saya. Katanya dah jumpa kunci.Alhamdulilah, tapi, saya tak sihat ni..Jadi,kami cadang balik pagi Isnin. Walaupun cuti Nuzul Quran, suami kena kerja sebab ganti cuti Raya.
Lepas bersahur, kami balik Rawang. Fuh, saya pening. Laju betul suami bawak.Padahal kancil tu. Dalam pening2, dah sampai rumah.

No comments:
Post a Comment