Ayam Stew. Ada daging ayam yang dipotong kecil. Memang dah konfius nak buat apa. Jadi, belek2 buku, terjumpa resipi Ayam Stew ni. Oh! Ya, tepung jagung tu sikit2 dahla. Karang terpekat macam saya tu. hihihi
Inilah bukunya. Tenang jer bila nampak gambar besar2 macam ni. Suka dan menggiurkan bila melihatnya.
STEW AYAM
Sumber: buku senangnya memasak Ayam PTS, Chef Hanieliza.
500gm ayam
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 tangkai lobak merah
1 biji tomato (potong 4)
2 sudu makan minyak masak
Bahan B
1/2 cawan air
1 sdt tepung jagung - (nurindah: bubuh sikit2 dulu, agar ikut kepekatan yg disukai)
1 sdt lada hitam (nurindah: saya guna serbuk lada hitam ajishio jer)
1 sdt minyak bijan (nurindah: saya guna bbrp titis)
garam secukup rasa
Bahan C ( DIHIRIS )
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah
Cara memasaknya:
1. Ayam dibuang kulit, dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga layu
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan hingga lembut.
4. Masukkan semua sayur kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila sudah layu, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
6. Tutup api kemudian taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengan nasi ataupun roti.
Pengat Pisang tanduk dan Ubi Keladi . Pisang dan keladi tu pemberian MIL dan FIL. Mr hubby suka makan ubi keladi juga. Kat sini, payah nak dapat yang elok. Selalu bila picit Ubi keladi kat pasaraya tu, macam lembik jer. Alhamdulillah...akhirnya selamat dimasak. Risau jugak sbb terbiar bbrp hari. Takde santan nak buat. Jadinya, bila ada santan, baru jadi pengat ni. :)) Resipi pengat yang satu lagi macam kat sini .... Kali ni saya buat sempoi jer. Saya add skali manisan yang MIL berikan.
PENGAT PISANG 2
1 biji pisang tanduk (pisang besar) -dipotong serong.
1 biji Ubi keledek (warna putih) -dipotong dadu besar2, dan rebus hingga hampir empuk. Masa rebus, make sure tutup periuk supaya ia masak betul. Saya tapis, buang airnya lalu siram ubi yang dah masak tu untuk hilangkan lendirnya.
Santan secukupnya
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1- 2 ketul Manisan / gula melaka ( manisan tu perlu dicairkan dulu, pastu tapis. Paling senang, guna gula merah cap bintang sbb manisan paket ni tak perlu tapis)
1 helai Daun pandan
Biji sagu ( basuh dalam tapisan)
Cara:
1. Didihkan santan dengan daun pandan, gula, manisan/gula melaka, garam.
2. Baru masukkan ubi keledek tadi, dan pisang serta biji sagu.
3. Biar hingga biji sagu mengembang dan kurang nampak warna putihnya.
4. Kacau selalu supaya santannya tak keluar dari periuk.
5. Tutup api, dan tutup periuk.
(Jangan risau jika ada sikit Sagu yang putih, ia akan kembang sendiri )
Ikan keli goreng bersalut bawang putih tumbuk. Sedap..! Rangup dan wangi jer.. :D
Kailan ikan masin. Ikan masin jeruk takde. Saya ganti dgn ikan kembung masin, Siat dagingnya, pastu baru ditumis bersama bawang. Resipi yang pernah dibuat ada di sini.
Salam Dik Nur....wah berderet-deret menu pagi ni...kecur liur Akak nengok hidangan dengan pengat pisang & keladi lagi!!!
ReplyDeleteSalam Dik Nur....tentang nasihat tetang bekal hubby tu...cam ni....kalau setakat nasi dengan sambal tumis atau masakan yang kurang berkuah...insyaallah tahan sampai malam pun....depends jenis beras yang kita gunakan..ada beras cepat basi....kalau lauk pauk yang berkuah kena bekas asing..tapi hubby akak prefer sambal tumis dan lauk pauk yang berkuah pekat jer....kalau kari jarang2 sangat lah!...harap dapat membantu dengan penjelasan ini!
ReplyDeleteSalam nur...
ReplyDeleteWoahh... banyaknya makanan... sodap2 je nampak sume... :)
psttt....Akak suka je baca catatan2 nur dalam beberapa siri n3 tu, sume tips berguna dan bermanafaat... elok untuk diamalkan.. thx for sharing nur... InsyaAllah kasih kian mewangi.. :)
Hi Nur!!! Hru doing??? Wahhh sedap2 Nur masak! Bak ayam ngan kailan kat Love. Tak pernah try ikan keli, actually Love kurang sikit ngan ikan, except sardine n mackerel dlm tin. Hahaha...teruk kan!
ReplyDeleteAiseyman, eventhough love2cook is getting known worldwide, Love is still a Malaysian at heart!
love2cook is absolutely nothing without Malaysian friends...tul tak? Kita kasi promo Malaysia tu...hehehe! ;)
Bread pudding tuk siaran esok...ehehe! Tunggu ya! Karang pun buat lagi coz anak mintak..ahakz!
Take care Nur, nak jugak ayam tuh! hehehe ;)
Hehe, tergelak tengok senaman 7 minit tuh. I got those emoticons dlm post editor. Cute kan! :D
ReplyDelete@ watierman: Salam kak watie, terima kasih kak atas advice. Oh, kena cari beras tempatan la ni kan? beras tempatan kurang cepat basi.
ReplyDelete@ fzi : salam kak fzi, sekadar catatan ikhlas, kak. Kita sama2 usaha.
@ Love2cook: Hi Sis, itulah.. dari jauh ingat nak ngendeng bread pudding tu. hihi..