Tiada apa2 yang menarik... cuma sekadar hasil fahaman saya. Saya suka meneliti dan membaca. Jadi, saya catatkan hasil kumpulan ini, supaya saya dapat jadikan sedikit panduan buat saya juga. Yang baik, ambillah manfaat. Yang tak sesuai, tinggalkanla.. :)) (Saya ada buat tambahan)
Anak Lelaki...perlu Ilmu Rumahtangga atau Pendidikan Seks?
Catatan ikhlas : http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
Sebagaimana ilmu mnguruskan rumahtangga patut diajar kpd anak perempuan, begitu jugalah ILMU RUMAHTANGGA patut ada di dalam DADA sorang lelaki yang bergelar suami. Jadi tugas ibubapa dalam hal ini.
1. Ajarkan anak2 lelaki solat dgn sempurna menjelang usianya 6-7 tahun.
Sekarang ini, anak2 cepat cerdik. Kata orang DHA lebih.. :)) Saya pernah bertemu dgn seorang kanak2 berusia 6 tahun smasa mengajar di Tadika, yang telah pandai solat dan menegur kawan2nya yang bermain2 dgn rukun solat. Sejuk hati ibubapanya, kan? Jadi saya rasa seusia 6 tahun anak2 sudah cerdik untuk diajar solat dgn rukun yang betul, al fatihah, bacaan rukuk dan sujud, bacaan doa qunut, bacaaan tahiyyat, dan sedikit surah lazim. Bacaan2 tersebut buatla scara hafazan. Kanak2 mudah mengingatnya.. Insya Allah... Hafazan biasanya elok dgn si ibu, ibu lebih sabar jika dia lambat menghafal. Untuk amalinya, elokla dgn ayahnya pula atau mana2 saudara yang lebih tua, lebih tegas. :)). Tambahan : Ini penting, supaya anak2 lelaki pandai mengimami solat. Asuhlah dia supaya menjadi imam smasa solat dgn adik2 perempuannya, semasa ayahnya tiada. :))
Dalam majalah Nur 2005, ada satu hadis: Imam Ghazali ada menyatakan proses pendidikan anak2 terbahagi 4 iaitu Menghafaz, proses memahami ilmu, diiktikad barulah ditasdiqkan.
2. Tanamkan anak2 lelaki dgn sifat kelelakian.
Sifat kelelakian bukanla bab nafsu jer. Banyak kata2 orang dulu2 yang kita momok-momokkan jadi isu Seks. Kelelakian itu ialah pengetahuan agamanya, sifat kepimpinan, kekuatan badan, dan sifat penyayang terhadap wanita. :)) Sebab tu orang dulu2 suka ajak anak2 gi Kebun, angkat cangkul. bagi anak2 tu kuat tangannya. hihihi..
3. Anak lelaki membesar dgn tauladan
Anak lelaki banyak terpengaruh dgn cara Ayahnya dalam gaya perangainya. Contohnya jika ayahnya rajin mengimami solat di rumah, dia pun mudah terbuka hatinya untuk mengimami solat jika bersama teman-temannya. Jika ayahnya seorang pemarah pula, maka dia pun mudah jadi seorang pembentak tanpa ia sedari. Anak lelaki tidak perlu memerhati, kerana ia lebih cekap walaupun dilihat cuma sekali. Mungkin minatnya tak sama, tetapi gayanya hampir sama lebih2 lagi bila berumahtangga kelak.
4. Bila baligh
Walaupun dia pandai blaja, belom tentu dia pandai bab Ilmu rumahtangga. Rata2 saya baca dalam forum kalu bab kahwin.... anak2 muda ni fikir DUIT HANTARAN jer. Dia fikir, ilmu rumahtangga hanya blaja di kursus perkahwinan yang 2 hari tu. Ibubapa seharusnya membimbing nafsu anak lelaki supaya iman mereka terjaga. Contoh trdekat Anak lelaki banyk terdorong dgn nafsu dengan minat pada perempuan dan selalu mimpi basah. Bahkan kita slalu jumpa kisah anak2 muda yang hidup dalam Onani dalam ruangan kesihatan lelaki di akhbar... Tanyakanla padanya, bukan tunggu dia tanya kita. Bimbingla perasaannya dgn nilai agama seperti ajaknya berIstiqamah... Puasa Sunat. Supaya dia tenang, dan berusaha mengawal dirinya. Supaya tak dengar lagi kisah2 wanita yang menyerah diri kpd anak2 lelaki kita untuk dicabuli. Sebab tu orang dulu2 suka mencari jodoh anak-anak lelaki bila mereka dah agak matang.. bukan kerana mahu mengatur jodoh semata, tetapi kerana ingin menjaga dorongan nafsu anak2 lelaki supaya boleh diletak kepada tempat yang halal...
5. Ajarkan anak lelaki kemahiran yang mampu menyara hidupnya walaupun tidak makan gaji.
Isu KEMAHIRAN untuk anak2 lelaki sangat penting. Kerana dgn ini, mereka mampu menyara hidup. Kita tidak tahu setakat mana kerajinan anak lelaki untuk belajar hingga peringkat tinggi. Adakalanya cukup makan jer. Kalu lepas dapat masuk satu organisasi pun, sijil tu belum tentu bole digunakan untuk mencari kerja lain. Melainkan jika sifat kepimpinannya tinggi di tempat kerjanya spt kerap menjadi pengerusi majlis atau sentiasa dipilih dihantar berkursus menjadi sandaran. Tak semua bernasib baik spt itu. Banyak organisasi mementingkan pengalaman staf menguruskan projek. Belum lagi kalu projek2 itu semuanya diberikan kepada wanita. Jadi, mahu atau tidak, mereka memaksa diri bekerja... Jika ada kemahiran, adalah satu KELEBIHAN buat mereka. Saya pernah baca kisah ibu yang mengizinkan anak2 lelakinya berkahwin sms belajar di luar negara. Katanya, dia telah hantar anak2nya itu belajar menjahit pakaian lelaki di Giatmara seblum ini. Jadi, walaupun mereka blaja di luar negara, dan taraf hidup tinggi, anak2nya ada kemahiran untuk menyara hidup anak isteri. Aneh... tapi dia dah bekalkan sesuatu buat anaknya.. iaitu kemahiran mencari DUIT. :))
6. Al Quran, guru dan kitab sebagai temannya.
Ada disebut dalam satu majalah, tanggungjawab ibubapa ialah memastikan anak2 membesar bersama AL QURAN, bukan setakat Iqra' semata-mata. Pastikan mereka Khatam Al Quran sebelum Baligh. Selain itu, bawa anak2 lelaki yang TELAH baligh ke majlis ilmu yang brbincang bab2 Munakahat. Bukan blaja bab Seks... tetapi ttg Diri Seorang Lelaki dalam pandangan Agama. Contoh kitab yang terkenal ialah Bimbingan Mukmin, karangan Imam Al Ghazali, bab Kitab Adab Pernikahan. Judul asal dalam bahasa Arab - Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin. Seharusnya bab kitab, mestilah Berguru pada yang alim.. Yang ada di laman web itu rujukan. Pada masa ini, nak kursus kahwin banyak bayar, tapi di blog saifulislam, Siri Di Ambang perkahwinan ada 2 siri. Ustaz Hasrizal yang trkenal dgn buku "Aku Terima Nikahnya" bercakap dr segi intelektual dan penyeimbangan diri.. sebelum memasuki alam perkahwinan. Caranya berpesan laksana seorang bapa kepada anak-anaknya yang sdg ralit di alam percintaan. catatan ikhlas: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
- Siri 1 (Pra Perkahwinan)
- Siri 2 (Di Ambang Perkahwinan)
- Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan.
- Mengurus Fikiran Tentang Perkahwinan
- Erti sebuah perkahwinan

anak lelaki @ perempuan sama aje kena diajar dididik mengikut tingkatan umurnya! kalau dah 20an...bolehlah ajar susah senang @ tanggungjawab hidup berumahtangga...
ReplyDeleteSalam kak sonata,
ReplyDeleteBetul cakap kak sonata tu. Ada peringkat2nya, ada caranya. :)