Cara2 yang mudah untuk mendapat senyuman, kucupan atau pelukan dari seorang suami. Jadi, suami akan mudah tersenyum bila... :
Catatan ikhlas: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
(kalau ada tambahan, saya akan tambah lagi ;)
1. Solat awal waktu.
Biasanya suami yg rajin tanya kita dah solat ker tak... mesti dia dah solat tu. Maknanya kita dah lambat... maklumlah, housewife pun ada masanya tangguh2kan Solat.. :)) . Kasihan suami, kalu isteri tak solat, dosa pun tertanggung juga atas suami yang membiarkan..
2. Bila dia dah balik kerja, ada makanan terhidang di atas meja.
Walaupun hanya sepinggan pisang goreng... percayalah, walaupun dia masih belum lapar, pasti akan disambarnya seketul... nak beli atau masak sendiri, terpulangla...tapi pastikan sedap pada tekaknya. :))
3. Jangan lupa, sekurang2nya, 2 kali seminggu, ajak suami tido awal..
Tak salah mengajak suami ke bilik tido. Sebenarnya suami suka diajak. Kat tv dan kat luar, lagi banyak ajakan2 yang ke arah maksiat dan dosa... Kita mengajak ke arah pahala, laaaaagi Istimewa AJAKAN tu, kan? :))
4. Bangun pagi2.
Dia senang hati kalau melihat kita, isteri ni bangun awal darinya. Kalu hari kerja, bangunla seawal 4.30 am. Kalu hujung minggu, nak selewat 6.00 am pun masih ok. Lagi pula, bila suami melihat kita buat kerja rumah awal2 pagi macam tu. Kata orang... sejuk hati suami..... Lagi pula, kalau kita jenis lambat skit bila buat kerja, macam saya ni.. dah sure kena bangun awal. Insya Allah, hanya suami yang hati batu jer yang mungkin tak tersentuh melihat isterinya buat keja awal pagi camtu. Kata orang, awal pagi membuka hati, kalu nasihat mudah masuk, hati pun mudah syahdu jer...
5. Istiqamah buat SARAPAN dan minuman panas.
Pagi2 macam tu, sure lapar.. nak tunggu lunch, teramat lambatnya. Walaupn suami jenis tak makan pagi, usahakanlah makan bersama, pasti dia menjamah walau sepotong roti dan seteguk Milo panas. Lagi2 kalu isteri Istiqamah sediakan MADU atau TELUR masak separuh, makanan yang baik utk kesegaran badan suami. Sure lagi sang suami senyum panjang...
6. Panjang tangan dalam membantu suami.
Orang yang paling panjang tangannya di kalangan isteri Nabi S.A.W ialah Ummul Mukminin Zainab R.A. Kata sesetengan riwayat, Zainab suka bekerja dengan tangannya sendiri iaitu membuat perhiasan lalu dijualnya, juga sifat dermawannya terhadap fakir miskin. Itulah definisi panjang tangan bagi Rasulullah. Boleh baca kisahnya di sini.Belum lagi perkara2 kecil yang kita buat, sebenarnya menyenangkan hati suami. Contohnya, menanam tanaman untuk mengurangkan membeli cili padi, halia, serai di pasaraya. Boleh saja ditanam di dalam pasu, kan?
Atau menggunting kain2 langsir yang lama.. dijadikan Patch Work, sebagai selimut. Sungguh berseni dan mendamaikan hati..

salam...panduan yg sangat berguna bagi mereka yg telah berkahwin....emmm
ReplyDeleteSalam cekgu Maz,
ReplyDeletepanduan untuk diri saya sendiri bila terlupa :D
salam...minta share ye..sgt berguna..syukran
ReplyDeleteSalam nina,
ReplyDelete:) Apa yang baik, ambillah nina. Moga ia memberi manfaat. :)