Salam sejahtera. Saya hanya ingin berkongsi, bukan membuat ssiap menangis. Mungkin ada yang dah tahu, ada yg tidak. Kata orang, menangis krana kesedihan anak yatim, juga boleh menyucikan jiwa. Kredit kepada pemilik blog lukisandarijiwa dan katib.wordpress yang memaparkan kisah Bara'a ini. Tertunduk saya seketika, syahdu di hati...
Sewaktu saya postkan entry ini, Bara'a telah pun meninggal dunia di Hospital di London, pada 26 Jun 2010, Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.... Allah telah mengujinya dgn kematian ibunya kerana kanser, ayahnya dalam kemalangan jalanraya. Kemudian, Allah mengujinya dgn penyakit kanser itu sendiri. Dia hanya tersenyum berkata: "all praise be to Allah, at last, I will be seeing my Baba and Mama soon",
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Kisah Bara'a telah trsebar pada masa itu. (saya jer yg ketinggalan...) Sewaktu dirawat di hospital hasil bantuan seseorg, dia telah dipanggil oleh stesyen tv untuk membaca ayat al Quran. Dan Masya Allah, merdu sungguh suaranya dan lancar bacaannya. Bayangkan dlm kesakitan, dia masih ingat wasiat almarhumah ibunya supaya membaca al Quran setiap hari supaya dapat melindungi dan menjaganya dlm hidupnya. Dia kerap pengsan, bila bangun saja lantas membaca al Quran. Selain itu, dia membuat ramai yang menangis mendengar bacaan al Quran di tv. Langsung dari hospital. Juga dia ada menyayikan lagu yang mengisahkan hidupnya yang yatim piatu.
Untuk kisah yang penuh: Klik sini. http://lukisandarijiwa.blogspot.com/2010/06/kisah-yang-sangat-menyentuh-hati.html.
Versi cerita Bara'a dalam english klik sini : http://katib.wordpress.com/2010/01/15/inspirational-story-of-%E2%80%9Cbara%E2%80%99a%E2%80%9D-2/

salam nur...bgus dpt kongsi citer mcm ni...bt jdkan pengajaran pd kiter2 ni :)
ReplyDeletesalam nur...maceh sudi kongsi crita, kalau tak k.mas tak tahu crita tentang Bara'a...sedap betul dengar suara Bara'a mengaji tu....betul2 mempesonakan..Allah lebih sayangkan budak tu...
ReplyDeleteSalam Deliah,
ReplyDeleteSama2... moga saya dapat anak yang secekal bara'a.. dan secantik suaranya mengalun al quran. :)
Salam kak mas,
sama2 kak. Memang merdu, kan? Sejuk kubur arwah ibubapanya. Rahmat ke atas arwah jua...... :)