Pagi yang dingin dan menghiburkan hati. Mata fikiran tumpul buat bbrp hari. Idea yang melaut tapi tiada kata terucap. Bagaimana itu? Pernah alami?
Antara sebabnya ia bercampur-baur dgn perkara emosi lain yg menambah rumit. Idea dalam beremosi hanya menambah garam pada luka. Jadi, berkata-katalah dgn baik, dan berhikmah atau diam saja.
Oh! Ya, ini dia antara lagu kegemaran saya. Kisah di sebalik lagu ini:
Kisah seorang lelaki bernama Dahlan yang pandai berkarya. Mempunyai isteri yang amat dikasihi dan mengasihinya. Kerana dorongan itu, dia banyak berkarya sehingga dilantik menjadi sasterawan istana. Setelah hidup di istana dia banyak mengabaikan isterinya dan ibubapanya. Sejak itu jiwanya kaku, dan akalnya tumpul untuk berkarya...
Lagu yang cantik, Janji setia suami dan isteri... Oh.. saya tidak mahu jadi seperti kesudahan cerita ini. Jadi, masa berhari-hari ini, saya melayan rajuk hati sang suami... :)))
GURINDAM JIWA

salam nur...ni bwkan kentang akordian kat nur..mkn bila2 pon blh..klu x nak wat wedges @fries..leh wat ni..mkn ptg ni eyh berdua2an smbil layan gurindam jiwa :)))
ReplyDeleteSalam Deliah,
ReplyDeleteRezeki2x... :D. Memang layan feeling abes tu.. hahaha