Kelmarin mmg blur tak tau nak masak apa... jadi keluarkan suhun (yang konon nak buat sambal kering.. macam kak lizahanum), bebola daging yang beli kat pasar basah RM 10 (banyak tuh). Jadi belek punya belek, jumpa sup makaroni berbola daging kat blog kak Masz. Pastu blog kak Nor secubitgaram pun ada. Jadi dgn bahan2 yang ada, saya buatkan saja. Dan.. ada sambal kicap pastinya my hubby riang gembira. hahaha... Syukur, katanya kenyang makan sup makaroni tuh. Maklumlah, my hubby ni susah kenyang kalu makan benda macam mee, makaroni ni. Tapi yang ni, katanya kenyang.. dan SEDAP! Terima kasih buat empunya resipi dan kak MASZ yang mencatat resipinya, pastu kak Nor yang bagi idea tambah daging... Kak Nor punya versi kat sini. Mohon halalkan resipinya untuk share kat sini, ya. :))
Sup ni, tabur bahan2 sampingan tu yang lagi sedap. Saya dah takde daun bawang dan daun sup. Bawang goreng pun dah lupa letak.
SUP MAKARONI
Resipi Asal : Kak Masz, masz73
Bahan2
* Makaroni (secukupnya) - Nurindah: saya guna makaroni biasa.Kena rebus dulu makaroni tu, 11 minit.
* 3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang
* 1sdk lada hitam - tumbuk
* bebola daging - secukupnya
* 2 kiub lembu/tulang rusuk
* 2ltr air/ secukupnya
* segengam soohoon
* sayuran- kobis & carrot - dihiris (resipi asal x de pongg)
** resipi asal gunakan sup dari air rebusan tulang & daging
Bahan sampingan
* ikan bilis kecil/halus - digoreng
* daun sup/bawang - dihiris
* bawang goreng
Cili tumbuk
* Segengam cili padi
* garam
* 1 sdb jus limau kasturi - aku guna cuka mkn jer sbb limau kasturi x stok
** Cili padi ditumbuk halus kemudian campurkan dengan garam & jus limau kasturi - kacau
Cara Penyediaan
* Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan lada hitam yg telah ditumbuk - kacau sebentar
* Masukkan air & kuib lembu/tulang rusuk - biarkan mendidih - tutup periuk bg mengekalkan wangi bawang putih & lada hitam tadi
* Masukkan bebola daging - biarkan mendidih & bebola setengah masak
* masukkan makaroni - bila sudah hampir lembut, masukkan sayuran tadi & soohoon - kacau sebati & biarkan mendidih sebentar kemudian bolehlah tutup api (x perlu lama jika tidak sayur akan jd lembik) - jika perlu tambah garam
* Taburkan bahan hiasan & tambah cili tumbuk semasa menghidang... sure x cukup semangkuk!! :)
** Kesedapan & istimewa sup makaroni ni ialah campuran ikan bilis halus/kecil yg digoreng rangup & sambal tumbuk yg rasa masam2 tu... perghhhh... :P
Bahan Sampingan : Ikan Bilis. Ikan bilis goreng jer la. Abaikan yang kisar tu.. ikan bilis yang siap kopek ni tak mo rangup jugak. Itu yang kisar tu, sampai tersedak2 time makan.. hakhak. Sebijik rasa macam Mee Celup Kelantan.
Sambal Kicap ganti cili tumbuk. Tak yah citer... macam biasa, ada anak Jawa kat rumah ni. :))
Ni ha... takde resipi... nasi lemak campak2 jer. Lauk sambal paru ni.... senang, paru yang saya beli RM 5 aritu... banyak.. jadi hari AHAD saya rebus seme, sambalkan seme. Jadi, dia kejung dalam peti ais tu. Pagi tadi, keringkan lagi. Rasa yang mana patut. Ini kejadian aritu. KLIK.
Alhamdulillah, buat bekal lunch My Hubby tercayang tuh.

salam nur...nur leh joi lucky draw ok :)..join jgn tak join tau! :)
ReplyDeletejoi ** join
ReplyDeleteSalam Indah. moga ceria selalu.
ReplyDeletesup makaroni tu yang special..hmm panas makan letak pula sambal kicap...
Best resepi ni.
@catlina: Salam kak catlina, contest lain bole la kot.. :D saya rasa rendah diri la, kak.. jeles tgok orang bakal Mom to be... rasa nak menitik ayaq mate ni. :)
ReplyDelete@sweetie: salam kak sweetie, saya sihat2 jer kak. sup ni sedap, mudah dan mengenyangkan :D
Che mid baru je habis stok makaroni... bila-bila nanti nak cuba pulak..
ReplyDeletesalam nur..pekaba? akak dtg nak tumpang mkn tapi kompom dah abes... huhuuu...... sori nur..akak br balik dari osaka. nih ade baju dua bakul nak kene settle! huahuahuahuaaa...
ReplyDelete@chemid : salam kak, saya pun dah lama nak try sup ni. hihi.. kebetulan ada makaroni dan bebola daging gak ni :D
ReplyDelete@hana: salam kak hana, wah..jalan2 makan angin ya? ulangan mungkin akan dibuat nanti.. :)) Sian kak, nak tolong basuh baju pun jauh sgt neh.. hihihi...