Nasi goreng ala kampung, dituang lebihan kuah ketam masak merah malam tadi. Sedap!
NASI GORENG ala kampung
Sumber: mysweetlife-nurindah
nasi putih 2 cawan
1 sdm cili kisar (jenama Puteri)
2 biji bawang merah -ditumbuk
1 ulas bawang putih -ditumbuk
sejemput udang kering -ditumbuk
kacang panjang -dipotong pendek
CARA:
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar, kacang panjang, garam . Goreng hingga sayur kacang layu.
3. Baru tambah nasi putih. Gaul rata.
4. Angkat dan hidangkan.
Ketam yang berperisai... kihkih! garang sungguh gambarnya ya.. hahaha..
KETAM MASAK MERAH PUTERI
Sumber: mysweetlife-nurindah
2 ekor ketam -dibelah 2.
3-4 sdm cili kisar segera (jenama puteri- jenama ni dah lengkap,harum, dan pedas. Kali ni, saya tak letak bawang kisar, Still sedap!)
Halia -dihiris halus
1 1/2 sdm Sos tomato
1 1/2 sdm Sos cili
1 sdm Sos tiram
1 biji Telur - utk memekatkan kuah.
1. Tumis cili kisar Puteri sekejap, dan halia.
2. Masukkan Air untuk kuahnya, sos cili, sos tomato, dan sos tiram.
3. Masukkan ketam. Kacau rata. Tambah air untuk kuah jika perlu. Biar sebati. Balik-balikkan ketam. Jika mahu, tutup kuali ngan penutup periuk supaya cepat masak.
3. Saya tak tambah garam, sbb lebihkan sos tiram.
4. Bila ketam sudah berwarna keorenan, pecahkan sebiji telur. Kacau sikit2 jer.. Biar kental.
5. Angkat dan hidangkan..
SIEW PAK CHOY SOS TIRAM. Resipi KLIK SINI.
IKAN SELAR GORENG
salam nurindah..tadi kt pasar nampak ketam tp bila trkenang HB xbape suke,xjadi la beli!.sedap menu nurindah arini..k.atie pon ada ikan goreng gak!...'selamat menjamu selera'...
ReplyDeletewah!!! ada ketam telo bsambal!!!!!
ReplyDeletesedap kan indah.....mabelesss...
ikn selar tu pon sedap jek..cecah sambal tutuk..heheheh
@fmina: salam kak fmina, sedaap! hihi... sambal tutok? teringat my hubby. his faveret tu..
ReplyDelete@azatie: salam kak azatie, hihi. actually hubby saya sensitip ngan ketam. tapi dia suka makan. kihkih..