Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Saturday, October 9, 2010

Rezeki senyuman

Rezeki Senyuman

Hari ni, baru berpeluang memborong di pasar basah. Seronok dapat ikan, udang, sayur, dan ayam baru. :D. Pulak tu, pagi2 dapat tenung wajah suami tersayang. Kalu hari biasa, takde canla nak borak2 atau sembang pagi, kata orang. Hari ni pun, mr hubby kerja. Tapi pergi lewat skit. Kata orang juga, keluar rumah pagi2 dan senyuman mendatangkan rezeki. Hari ini, saya dan suami ke pasar basah. Ada 4 tempat yang selalu kami singgah:

1. Gerai ikan, di hujung sekali.

Gerai ini pemiliknya seorang ustaz. Saya malu2 skit bila pegi gerai ni. Gerai orang kelantan, memang kebanyakan customer kecek kelate la.. cuma saya jer main sorok2. hakhak... saya orang besut jer, malas nak jawab kalu diaorang tanya pasal kelantan sebab sure saya tak tau! Tapi, ustaz dan pembantu2nya memang peramahla. Terutama sorang pembantunya tu, selalu mengusik saya dan suami. Maklumlah, belian kami tak borong berkilo2 macam org lain. Bak kata orang, Dinner for Two. Tapi banyak jenisla. Alhamdulillah, mereka tak berkira sangat. Ikan2 dan seafood pun kental dan fresh, tak macam yang dibeli kat pasar malam.Kalu udang kelmarin punya pun, owner tu akan bagitau.. itu udang kelmarin, bagi murah. Udang yang segar pun, owner tu letak yang saiznya hampir sama besar. Kira hati seronok membeli kat situ.

2. Gerai sayur.

Di tepinya ada gerai ikan chinese. Yang biasa melayan pelanggan, ada sorang kakak tu. Kadang2 jumlah belian lebih seposen dua, digenapkan saja. Kalu saya terambil tempe yang kurang sihat, ditukarnya kpd yang lebih cantik. Bila tersenyum slalu nampak gigi dan ramah menegur saya dan suami. Memang hati rasa seronok jer, macam dapat kawan.

3. Gerai ayam.

Ini gerai suami kak Bit. Kadang2 saya pergi, harga 1 kg RM7.00, kadang2 RM7.50. Kalu harga ayam naik, saya pilih yang kecil jer. Kalu harga murah, saya pilih yang agak besar. Yang penting, memang kita nak beli untuk dimasak. Satu tarikan di gerainya ialah owner gerai ni (suami kak bit) dan sorang pembantunya berkulit hitam manis amat suka tersenyum. Trutama pembantunya itu. Orangnya tak cakap banyak, tapi kalu senyum sampai nampak gigi. Manis jer. Orang kata, muka rezeki... :D Maka Owner dan Pembantunya buat saya happy jer, sepanjang membeli ayam kat situ. Kalu gi bahagian gerai ayam ,terus ke gerai tu. Asalkan gerai muslim,harga berpatutan dan segar, kira OK lah tu. Ops! Suami saya ada skali la. Jangan fikir bukan2 ya... Perempuan memang cair tengok peniaga yang mudah tersenyum. Sebab tu, dia tak suka ke gerai yang pembantu atau ownernya yang sombong, kan? Arini pun, saya dapat kaki ayam lebih. Sedap buat tambah sup dan tomyam.. hikhik..

4. Gerai nasi dan kuih, dalam kawasan pasar basah.

Gerai ni, bukan kategori ketiga2 di atas. Kenapa? Sebab walau saya tersengih macam kerang busuk kat depan dia pun, dia senyum macam tak nak jer ngan saya. Nasi lemak kat gerainya kira kategori sambal tumis yang sedapla. Pekat, pedas dan tak cair, lauknya banyak. Saya dan suami kerapla membeli kat situ. Mesti beli lauk yang sama. Tapi kan, dia macam tak ingat saya. Tiap kali pergi, kena ulang jenis lauk. huhuhu.. nasibla nasi lemak tu sedap. Kalu tak, memang tak nak langsung singgah gerai tu.. Bukan apa, kurang seronokla... Haip! Saya bukan memilih tau. Tapi perempuan memang suka pilih gerai yang owner atau pembantunya suka tersenyum. Tak susah senyum, kan? Apapun, nasi lemak dah selamat dimakan. Alhamdulillah... :D

3 comments:

  1. seronoknya shopping barang dapur kat pasar, k.mas jarang beli kat pasar, selalu beli kat tesco dan pasar tani tu sebulan 2 ke 3 kali jer...

    ReplyDelete
  2. akak tak suka ke pasar basah sbb kat Psr Borong Selangor ni leceh sikit, pasarnya kotor dan ramai orang. Tambah plak ada baby, lagi ler malas pegi. Selalunya si Jebat jer yang pegi beli ikan. Itupun tgk jugak, kalo dh memancing dapat ikan besar, jarang ler pegi. Setakat udang, ketam, sotong tu, beli jer kat pasaraya berdekatan kat kawasan umah ni..
    Kat umah akak ni pun ada gerai jual nasi lemak yg sedap, tp peniaganya sombong, tak pernah senyum pun, pas tu memilih pelanggan plak tu. Kalo pelanggan datang berkereta mewah, dia layan baik2, tp kalo baik motor, kete kancil dia buat nk tak nak jer layan..padahal sume tu rezeki utk dia..

    ReplyDelete
  3. Salam kak mas,
    Pasar ni jer paling dekat ngan kami. pasaraya sini kurang segar. Tesco pun jauh. ;)

    Salam kak noorma,
    kat sini tak ramai orang.. sbb pekan kecik. :) Itulah, rezeki Allah telah ditetapkan utk dia.. moga dia insaf, kan kak?

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers