Er.. kata orang, kalu takde sambal.. tak kick! kata orang, kalu takde seafood rasa tak meriah jer. Bukan kata orang tu,.. Saya la.. :))
Sabo.. sabo.. tunggu Sabtu..tak lama dah. Bulan ni bajet semput.. jadi pandai2 Wife la nak bajet. Kesian mr hubby. Kalu takde udang, gantila udang kering kan? Kalu takde ikan.. buat sambal Bilis pun jadi la kan? Ok.. ok... dapat IDEA dah..
MIHUN GORENG SOS TIRAM
Mihun -rendam hingga lembut. Nak cepat, celur jer pastu toskan.
Sos tiram
bawang putih
bawang merah
Serbuk lada hitam aji shio..
Sikit air
Sayur... (saya punya, tak letak. Ada timun..aci tak? )
Da...:)
Tumis bawang, masukkan air sikit. Pastu masukkan sos tiram secukupnya dan sayur. Baru masukkan mihun, kacau rata. Kemudian masukkan serbuk lada hitam ajishio.. goreng hingga masak. Hidangkan. Rasanya manis2 pedas... Sedap di kala tekak nak tukar selera.
TERUNG GORENG BEREMPAH
Sajer goreng macam ni, nak rasa. Ada dalam buku resipi@Prima, tajuk JAWA. hahaha... betul2 ni, tak tipu.. tapi resipinya dah diubahsuai mengikut bahan yang saya ada. Jadila versi berempah pulak. Sedap jugak merantah2.. lembik, but still crunchy dgn bahan yang saya tumbuk. Di bawah ialah Versi SAYA...
2 biji Terung panjang dibelah dua -yang dua tu, saya potong 2 lagi
1 sdk Serbuk ketumbar
1 sdk Serbuk jintan manis
1 sdk Serbuk jintan putih
bawang putih -ditumbuk
bawang merah -ditumbuk
sedikit halia -ditumbuk
sedikit tepung jagung -jika mahu
garam secukup rasa
serbuk kunyit
Campur semua bahan. Perap sekejap. Goreng dgn minyak penuh. Toskan. Lap minyak skit2 pada terung. Hidangkan
Daging yang diperkatakan dari kelmarin.. jadi DAGING MASAK KICAP. Sure laju jer makan... :)))
SUP TAUHU BERTAUGEH NGAN TELUR sekali masuk...
salam indah, rajinnya indah memasak, macam2 ada...terung tu kalau goreng macam tu rasa pahitt x...tak pernah makan lagi ni..
ReplyDeleteSodap.....!!! Simple tu yang sedap Dik!
ReplyDeletesalam indah
ReplyDeleterajin tul adik sorang ni masak2
dah teror ke masakan jawa?
akak pon jawa gak tau.
Hi Nur, semuanye nampak sedap lor! Tak tau mana satu nak ambik...tapau semua sekali lah! hehehe ;)
ReplyDeleteAiseh nampak kosong je bihun? takde ke letak fishball? Telur goreng? Sosej?
ReplyDeleteSalam Indah,
ReplyDeleteMasak kicap kami panggil "semur",ada juga yang taruk santan.
Nasi ambeng tambah selera bila ayamnya di semur.
salam nur...sume tu fav ku..sume tuh SEDAP..!!
ReplyDelete@mas: salam kak mas, terung digoreng tak rasa pahit sgt kak. macam goreng ikan keli juga yg skali ngan bawang aritu. rasa pahit bawang jer skit. hihi
ReplyDelete@watierman: salam kak watie. ya kak.. kata2mu bener... Alhamdulillah. :)
@niezaman: salam kak nieza, tak le terror kak. kan blaja untuk menyenagkan hati suami? ;)
@love2cook: salam sis love, hihi.. cian sis love, nanti saya bawakan yg baru masak ya ;)
@ akubiomed: salam, mana salam dik? baru kenal sudah berkata gitu.. masuk rumah orang, harus kenal tuannya dan baca entry. bukan main redah tau! :))
@ makbonda: salam bonda, semur? er..masak kicap ya makbonda? bertambah bahasa saya hari ini. :))
@ deliah: salam deliah, alah Del.. malu saya..menu semput ni..kihkih