Catatan ikhlas: Mysweetlife-nurindah.blogspot.com
Seorang isteri biasanya suka barang baru. Walaupun mungkin dalam rumahnya masih ada barang last week belum guna, sang isteri akan lebih gembira apabila membeli barang baru, walaupun sebotol sos. Jadi tak hairanlah kalu mak kita dulu2 suka menyuruh kita ke kedai setiap hari, dgn alasan barang dapur tak cukup. Padahal boleh saja guna apa yang ada. Kerana perempuan nafsunya suka membeli. Sebenarnya, cara ini juga menaikkan ghairah isteri dalam mengurus rumahtangga. Belum lagi kalu dibelikan beg baru, tudung baru. Maunya bersinar-sinar matanya sepanjang hari dan macam2 juadah istimewa dihidangkan buat sang suami. :))
Seorang suami pula, kurang suka membeli barang baru. Tetapi dia suka kalau cadar biliknya seakan baru. Kerana lelaki biasanya lupa, cadar itu dibelinya tahun lepas. Jadi, sang isteri yang sayangkan suami, selalulah tukar cadar mahupun hiasan rumah anda. Itu juga petua seorang isteri dlm menghias cadar katil di biliknya dgn hanya menggunakan 10 helai cadar yang murah, tetepi selalu ditukar dan wangi setiap hari. Semburlah haruman di dalam bilik dan jagalah elok2 supaya tidak kelihatan luntur atau pudar. Mesti sang suami amat menghargainya. Moga ghairah dalam rumahtangga sentiasa ada. :))

No comments:
Post a Comment