Takde apa2... kami baru balik banting. Kelmarin ke Ayer Keroh, Melaka. Ada kenduri kawan ofismate my hubby kat sana. Pukul 10.00 malam, dalam perjalanan pulang ke banting, setelah meredah jem yang teruk, kami melalui tempat kejadian dgn penuh Iktibar .
Kami bertolak ke Melaka mengikut highway utara-selatan dalam tengahari.
Sampai di MITC dalam pukul 2 lebih. Persandingan ada dalam dewan di dalam MITC ni. Kami bertolak pulang dalam pukul 7.00 malam.
Tengahari. Ini pelamin indah di rumah jiran mak ayah my hubby kat banting. Lepas tu bertolak ke Ayer Keroh. Kami pergi bersama my MIL. Nak berjalan2 sekitar Melaka juga...
MITC. Persandingan di buat di dalam.
Tak mitak izin papar wajah pengantin, blur2 macam ni mitak halal ek? :)
Nila pelamin indah kat MITC ni. Agaknya memang camni fesyen pelamin, kan? Sejuk mata memandang.
Gambar pelamin... rasa nak tumpang sekaki. hahaha...
Er... tumpang kat red carpet ni pun, dah ok, kan? :D
Kat Mydin, MITC. Besor giler... macam Giant, Tesco, and Jusco hypermarket!
KFC tak jumpa, RFC ada..... first time rasa... :))
Sajer nak kenal Melaka Sentral. Dah macam KL Sentral lak. Cuma khas untuk penumpang Bas...
Pukul 7.00 baru keluar Ayer Keroh. Sampai kat mana tah, dah berderet kereta. Gambar di atas masih kat highway area Melaka. Jauh lagi nak sampai Sempadan Neg 9. Masih boleh jalan sikit2... jalan sebelah kanan, menghala ke Johor, dah tiada kenderaan. Hanya motor dilepaskan. Betul agakan kami, laluan sana telah ditutup untuk operasi menyelamat.
Kami cuma nampak bas yang terbalik dan 2 buah kereta yang remuk dihempap. Itu jer... Penat dah melalui jem yang panjang. Lagi kasihan penumpang2 dua buah bas tu yang duduk di tepi jalan dalam keadaan terkejut... Kemudian singgah di tol yang jauh sikit kerana RR semuanya penuh. Kami solat jamak ta'khir. Saya sempat sujud syukur.... kami berjaya melepasi semua halangan. Doa dan salam kami panjatkan buat arwah2 dan keluarga mangsa nahas. Al Fatihah untuk Muslim yang telah meninggal dunia. Moga yang cedera, selamat semuanya...
Video di bawah ni takde apa2 scene pasal kejadian sbb masih area highway melaka, belum masuk sempadan N.9, tapi bunyi siren tu plus suara saya adala.Memang geram tegok kereta yang kat laluan kecemasan tu. Padahal highway utara selatan ni dah 3 line utk satu hala. Belum lagi yg jadi macam cter mr bean, mengekor van ambulans dan trak plus yg laju nak ke tempat kejadian.
:-).
salam.. sekarang dah tak cerita masak² ye?
ReplyDeletesalam nur...mmg kena amik bnyk iktibar drp apa yg berlaku esp masa driving...*naper x naik pelamin tuh amik gamba..:)))
ReplyDeleteSalam KOG,
ReplyDeleteIni baru on kamera, KOG. camna nak amik gambar masak kalu tak masak spesel? hihihi... kan charger kamera saya meletop haritu. Ini baru beli charger baru. :)
Salam Del,
ReplyDeleteBetol tu... kata ustaz untk jinakkan kenderaan, baca doa naik kenderaan tu. jangan tampal jer kat cermin. Mesti istiqamah. :)
salam nur,
ReplyDeleteboleh tak nak mintak tolong e-mailkan video semalam (yang stuck dalam jem) ke aimi@miros.gov.my? semalam dah tengok, tapi hari ni tak appear pulak. adik kita kerja miros (inst of road safety research) & video nur semalam mungkin dapat membantu dia orang... terima kasih!
Salam KOG,
ReplyDeleteBoleh saja. :) Video ni personal sebenarnya dan tak bape jelas, KOG. Tapi harap bole membantu.
Harap2 pengguna jalan raya ni, ada sifat prihatin dlm mengguna laluan kecemasan tu. Kesian kat van ambulans, Plus, lagi Trak BOMBA yang besar tu lagi payah nak lalu .... terhalang dek kereta2 yg degil kat laluan kecemasan tu. Tak patut, kan?
Salam KOG,
ReplyDeleteSaya dah send. first time attach video kat email. harap membantu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
ReplyDeletesangat² terkesan baca kisah ni, tu yang teringat kat vid nur semalam... terima kasih ye!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete