27 rejab telah berlalu... hari ni sudah 28. Ntahlah, mungkin ada hikmahnya apabila para aulia' dulu menyuruh kita berpuasa sunat pd 27 rejab. my hubby pun siap bagitau saya, ustaz di tpt kerjanya menyatakan tiada puasa sunat pd 27 rejab. jangan niatkan "aku berpuasa sunat rejab".
Yalah, saya terima. Tiada yg perlu didebatkan, sebab saya pun dah trlupa 27 rejab tu. Dalam kalendar pun dah takde hari2 istimewa dalam Islam. Semua kalendar pakat nak jadi 1 malaysia. dah pakat kata maulidurrasul/isra' mikraj/ nisfu syaaban tu bidaah. Siapalah saya, nak bangkang-bangkang..
My hubby sama ngan saya, diasuh guru tentang amalan sunat ni semasa di sekolah berasrama penuh. Sebab perkara ni kan, biasa seronok kalu buat ramai-ramai, berjemaah. nisfu syaaban baca yasin 3x, maulidurrasul ada sambutan kecil dan salawat, isra' mikraj biasanya ada kuliah ttg bab semayang dan masjidil aqsa. Saya pula? guru2 yg mnjadi warden asrama ramai yg lulusan negara mesir, madinah atau jordan. Tak pernah pun saya dengar perkataan bidaah. Sekolah tu pula bekas sekolah pondok yg dinaiktaraf.
Masa tu, tak pernah lg dengar ttg bidaah. Semua bersatu-padu 'improve diri' dan 'amalan'. Takde nak sindir sape-sape. Takde nak perli sape-sape mahupun berdebat bab agama. Mengumpat, lagilah. Kita akan tau "hati" atau "sifat" seorang Muallim atau Muallimah apabila dia mula mengumpat atau merendah-rendahkan orang itu dan ini... dan seorang Tilmiz pasti kenal siapa Muallim yg disenangi majoriti...
Dahla, orang sibuk ttg "Bersih", kita bercakap pasal itu pula. 'Bersih'? Mana taknya, setiap hari my hubby dok sembang pasal ni. Teruja pula bila dinaik-naikkan semangat. Tapi, bila baca pasal Ambiga tu, personaliti dia, terus saya menurunkan dr rasa teruja tu. Takpela, kalu ada yg tak suka saya cakap macam ni. Sebab saya bukan orang politik. macam abah saya pun dulu cuma kais pagi makan pagi, mana la nak sibuk hal politik. tiada aura politik dalam hidup saya. Saya memilih orang utk diikut, adalah personalitinya supaya tak tersasar tujuan saya.... iaitu LILLAH.. kerana saya cuma orang bawahan, tergolek terhiris... yg kena saya juga.
Oklah, dah puas mengomel. Kita jamu mata dah ya... hehe..
Peringatan: ini bukan nasi kunyit. ahaks... inilah Nasi Goreng guna perencah adabi 1/2 paket plus sayur kuning kat bawah tu. Our breakfast. Tak pose Khamis arini.
Ini pula sambal Kerang. Guna resipi Sambal biasa, tapi UPGRADE: tambah bilis yang rendam, pastu tumbuk. Tumis bersama sambal. Memang tak berenti makan sambal ni... :))
Ini pula masak lemak cili padi biasa2 jer. Guna Ikan keli. Kata orang, letak daun cekur, jadilah masak lemak Cekur. Ikan Keli digrill sekejap dalam kuali dgn sesudu minyak sehingga masak, . Tuang bahan tumbuk dan santan. Bahan tumbuk cuma cili padi, halia, lengkuas, bawang putih dan merah. Tambah perasa sikit.
Inilah dia sayur kuning. ahaks... dari nak masak udang asing ngan kobis, terjadi campur macam ni. Tumis macam udang bersos tiram selalu tu. Tapi tambah kobis. Haih, punyala malas nak tulis resipi. buat adik-adik, sila semak kat MENU kat atas ;D

Salam indah! sihat ke? :D semoga sihat2 belaka ya disamping suami terchenta insyaAllah.. Kita kan ikan keli tak makan tp kalau tgk kuah yg indah buat tu boleh buat kita bertambah nasi sbb kita suke, ikan2 sungai ni mmg kita tak leh nk makan tp bila tgk org masak terasa rasa nk makan pulak hihihi...
ReplyDeleterajinnya indah ni..
ReplyDeletemacam2 lauk ada tu...
sedap la kak mas tengok...
Salam che jah,
ReplyDeletehihi... bila kita tgok ijayuji tu, rasa lain auranya. hehe..
Ika, ikan sungai sedap wooo. saya dah biasa dok dekat bendang. bole lalu makan benda ni, cuma takut nak meyiang yg idup-idup.
Salam kak mas,
ReplyDeletehehe. lauk pauk biasa tu. ulangan pun ya. :D