CEKODOK
Cekodok pisang. Bulat-bulatkan guna style MY MIL. Dia guna hujung jari. Itupun saya belum pakar, hehe... Gula tu ikut suka. Saya jadikan kecomelan cekodok kak watie sebagai peransang! kak watie punya DI SINI
Pencicahnya ialah sos cili Umminora, hasil rembatan masa beli keropok keping di Besut.
CEKODOK PISANG
Sumber: mysweetlife-nurindah
Style : MIL
Inspirasi: watierman.blogspot
Pisang ranum - pisang berangan manis skit, pisang rastali lemak2 skit.
Gula pasir - 2-3 sdm
secubit garam
Tepung gandum - kurang sedikit dari pisang
1/2 sdt Soda bikarbonat
Air sedikit.
Minyak yang banyak untuk menggoreng.
Lenyek pisang dahulu. Campur semua bahan. Untuk menggoreng, guna hujung jari pun boleh kalu untuk membulatkan cekodok: Bawa ke tepi bowl, terus ambik dan masukkan dalam minyak panas. Buat cepat-cepat. Yang belum biasa, slowkan api dapur dulu. karang hangit pula. :D
SANDWICH
Aiseh, sandwich yang biasa saya buat. Mengikut style My MIL. Dia suka panaskan dahulu, saya pun mengikut sekali. Yalah, apa yg mak buat, semestilah selera mr hubby. Biar sama, walau tak serupa... heheh.
SANDWICH SARDIN
Asal sukatan: Inti sardin roll hanieliza
Style buat: My MIL
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot
Roti dan majerin
1 tin kecil sardin - ambil sardin. kuahnya ambil sedikit sahaja.
1 biji cili merah cincang - dicincang
1 labu kecil bawang besar - dicincang
Tumis bawang dan cili sekejap sehingga layu.
Masukkan sardin tadi. Hancurkan dalam kuali.
Biar panas dan tutup api.
Roti siap disapu majerin di kedua belah.
Sapu inti, tangkupkan.
Saya potong tepinya kerana lebih suka begitu.
KUE TEOW TOMYAM
Masa buat ni, menggunakan bahan yang ada. Campur itu dan ini, tiada yang kurang. Aslkan jangan lupa pes tomyam. :D Kuah tomyam lebih kurang dgn Tomyam Ayam Mudah. Tetapi saya kurangkan sukatan pes tomyamnya supaya rasa tidak terlalu pekat. Cara yang mudah, tapi berselera kita makan. :)
200 gm Kue teow - dicelur dahulu. Toskan.
Kuah:
1/2 biji Bawang besar -dihiris
2 ulas Bawang putih -dihiris
1 inci halia dihiris bulat
1 1/2 - 2 sdm Pes Tomyam Adabi
2 tangkai Serai -diketuk (masa hidang, buang serai tu)
5 tangkai Cili padi diketuk
Air untuk kuah secukupnya dalam 2 1/2 -3 cawan
garam secukup rasa.
Fishcake
Pucuk jagung muda
Sayur Sawi
1 biji Tomato dibelah 6
Udang atau isi ayam secukupnya.
CARA:
1. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia, sehingga naik bau.
2. Masukkan Pes tomyam.
3. Masukkan sedikit air, isi udang atau isi ayam, fishcake dan serai. Kacau sebati.
4. Baru masukkan air selebihnya. Biar mendidih.
5. Masukkan sayur dan garam secukup rasa. Biar sebati dan sayur separuh layu.
6. Angkat dan hidangkan. Cili boleh letak bersama atau asingkan.
7. Kuah tomyam siap utk dihidang bersama kue teow tadi.
MINUMAN
Dimakan bersama mangga yang dikisar. Tak cukup mangga, sebab tu warnanya tak kuning. Manggo Lassi ini faveret bila ada mangga masak.
MANGO LASSI
Sumber asal: Love2cook
Disukat oleh: mysweetlife-nurindah
Versi 2 biji mangga
Sediakan blender/pengisar
2 biji besar mangga masak - dikupas dan ambil isinya, letak dalam blender (masa buat ni, ada satu biji jer)
4 sdm yogurt
Susu cair - tuang 1/2 paras mangga dlm blender
2-3 sdm gula pasir
1 sdm susu pekat
2 papan Ais kiub (masuk kemudian)
CARA:
1. Kisar dahulu semua bahan kecuali ais kiub.
2. Baru masukkan ais kiub. Kisar lagi hingga jd hancur.
3. Tuang dalam gelas jus. Siap dihidangkan.
Dimakan bersama kue teow tu... sungguh enak!
No comments:
Post a Comment