Kisah saya dgn seorang makcik.
"makcik takut dia abaikan makcik. makcik tak tau macam mana nak tegur dia, bila makcik rasa tindakan dia tak kena. Makcik harap isterinya brkongsi cerita dgn makcik, tetapi isterinya pun sama."
saya bungkam. menjaga hati sprt akan mghiris hati juga.
makcik itu masih ada suami. dia tidak sunyi sprt ibu yg lain yang brgantung kasih anak kerana kematian suami. dia lebih beruntung sebenarnya, kerana anak menantunya rajin menziarah dia. Dalam ertikata lain utk lebih faham, makcik itu tidak selesa anaknya hanya berkongsi perkara trtentu dgn isteri sahaja, bukan dgn ibubapa.
"sifat syukur itu... " hati saya brkata, tetapi tidak boleh luahkan.
"Mungkin isterinya taat, dan telah berusaha mengubah sikap suaminya utk lebih 'open' dgn parents, tetapi belum berjaya . Juga mgkin ada hal lain yg menyebabkan suaminya jadi begitu. Saya nampak, seorang anak lelaki akan berubah seiring dgn usia kematangannya. Adik lelaki saya begitu, Suami saya juga begitu"
Dan makcik itu akan bermacam hujahnya dan luahannya. Saya tidak mahu fikirkan lagi.
"Sifat syukur... ya. " saya masih bermonolog sendiri.
Bila masakan berbeza
Kisah saya.
"Masakan ibu tidak sehebat kamu."
"manalah sama masakan saya dgn masakan seorang ibu yang mmbesarkan suami saya"
Itu tidak keluar dari mulut saya, tetapi yg keluar ialah:
"Saya masih kurang pengalaman. manakan sama dgn ibu".
Dhaif sungguh saya dlm berkata manis.
Sesungguhnya, bila menantu itu sanggup berpedas lidah makan masakan mertuanya yg dia tak tahan, itu brmakna dia mahu mengambil hati. Mahu dikasihi seadaanya dia...

No comments:
Post a Comment