Kelmarin hubby ambik cuti.
Bersusun rancangan.
Nak breakfast, tapi tak mau makan nasi lemak. Ada daging burger oblong ramly. Ada roti keping gardenia yang nak expired. Saya bakar daging burger atas pan. Pastu roti bersapu majein pula dipanaskan. Daging burger oblong dibelah 2. Letak atas kepingan roti. Letak selai cheese keping, letak satu roti lagi. Pastu letak roti atas pan . Panaskan sekejap sampai cheese cair. Kedua belah. Pastu... hidangkan dgn mayonis dan sos cili Life.
Minum Teh O.
oH...... heaven. Apa yg ada, still menjadi selagi namanyaa roti dan burger. haha..
(maaf takde penerangan bergambar ;)
Pagi-pagi orang dah call my hubby. Tanya pasal masalah tu, masalah ini. Dahi hubby berkerut je sbb memikirkan problem kilang, sedangkan dia cuti.
"Abang catatla masalah apa yg selalu brlaku. Reprt pd bos pun ya. Tetapi report kita pun mesti ada. Supaya senang nak rujuk bila orang tepon bila berlaku masalah"
Raut wajah my hubby dah jernih. Alhamdulillah.
Pukul 10.30 am, kami nak keluar. Hubby bawa turun kipas yg rosak yg nak kami tinggalkan kat kedai mmbaiki brg letrik.
"Yang..Tayar kereta belakang pancit"
Hubby nak tukar tayar dulu. Saya pula pergi buang sampah.
Nat tayar terlalu ketat. Hadoi, saya yang tengok hubby pulas dgn pembuka nat yg besar tu pun rasa nak terpulas tangan. Kami henjak tak dapat, kami tukul pun tak dapat. Agaknya ketat sebab sebelum ni tukar kat kedai. Diaorang guna alat yang ketatkan nat tu.
Dah pukul 11 lebih. Matahri dah mula meninggi. Hubby akhirnya bawa perlahan2 ke jalan inai. Ada workshop di situ.
Dan betulla, memang nat tayar tu ketat sangat. Pembuka nat tu pun dah hampir bengkok kami kerjakan. Hubby cakap, cuma tampal tayar tu.
Alhamdulillah, settle satu hal. Kami pula brgerak ke pekan rawang, cari kedai tayar sebab memang niat nak tukar tayar. Tapi tayar depan. Dua-dua kami tukar.
Sebiji tayar RM 110.
Dalam menunggu kerja kat workshop, ada sorang owner kereta. Mintak tayar secondhand. Saya lihat keretanya, jenis macam Nissan. cantik, berkilat keretanya. Kalu tayar kancil jer RM110, tayar keta besar tu mesti lagi mahal.
Ondaway keluar pekan rawang, saya sempat cakap kat hubby.
"Susahnya nak menyara kereta. kalu kereta mahal macam orang tu, atau kita ni ada BMW atau mercedes, tiba-tiba mintak tayar second...
itu maknanya kita masih tak mampu miliki kereta tu. Malula kalu bawa BMW tiba2 mitak tayar second."
Ulp!
Hubby terkikih ketawa.
Saya pun macam tak sedar tercakap macam tu. jangan mare ya... hahaha.
Actually, berat sebenarnya menyara kereta nih, kan??
Kami teruskan prjalanan ke Library. Hubby nak hantar buku. Kami solat dan makan tebgahari. Alhamdulillah, makanan kat situ memang murah.
Kalau sesiapa yg trsesat ke jalan tun razak tu, nak makan murah... singgah jer kantin National library. walau rasa tidak umph, tapi minumannya berbaloi dgn harga.
Satu air jus asam boi, RM1.50, dengan seketulasam boi.
Nasib baik aritu servernya OK. Dah 2 kali kami pergi, cuma hantar. Tapi tak boleh pinjam. Tapi kelmarin, diizinkan Allah.
Lepas tu kami ambik baju kat bro-arts. Untuk buat sale ramadhan kat website.
Singgah pula kedai letrik kat damansara damai. Hurm, tak mesra pelanggan. Belum tengok kipas lagi, dah kata kena beli baru. Siap bagi harga RM 100 ke atas kalu nak upah dan beli motor kipas baru.
Aiseh. Memang motornya terbakar. Tak jadi hantar.
Singgah solat kat RR. Menuju pasar malam bukitsentosa. Apa kami beli? Lauk pauk basah, sayur, buah dan .... dinner yong tau fu jer. Dah rasa nak tido jer, walaupun baru Isyak. :))
Eh.. eh... cerita semalam. Hari ni takde minum petang ke? Maaf, erk... Saya baru abeskan ayam drummet ayamas. ngeeee....

Salam Nur, dari rawang ke library negara...uh..jauh tu.. tp kan, makan kat kantin library tu memang murah kan, akak pun suka makan kat situ (dulu laa..skang dh tak berkesempatan nk pegi lagi...)
ReplyDeleteKos jaga kete ni mmg la mahal. Tp kalo keluarga dh besar, terpaksa pakai MPV- tulah kena siapkan budget untuk kereta.. sekali rosak, beribu.. akak pun tak mampu lagi nk pakai kete mewah..cukuplah apa yang ada :)
sekarang kereta keperluan sebab public transport kat msia agak susah juga.. duduk dijepun walaupun ada kereta terkadang tak guna sangat sebab public transportnya efisyen..:) berbanding msia dan jepun ada kereta dijepun lagi banyak pakai duit hanya beli kereta je yang murah..:)
ReplyDeletecam best je breakfast roti ngan daging oblong2...:)
ReplyDeleteSalam kak Noorma,
ReplyDeletea'a.. ya kak. Memang murah. ada subsidi kot. Kos jaga keta mmg mahal. Jaga keta lagi mahal dr make up bini. hihi..
Salam kak Juwita,
ReplyDeleteya kak. Memang ada orang cakap kat Jepun keta murah. student dr jepun lps balik mesia mmg akan beli keta kat sana. public transport kat sini mmg masih lemah. agaknya nak laku kan kereta tempatan. hahaha....
salam kunang-kunang,
ReplyDeletekak, hanya beger oblong yg ada. sesuai dgn roti panjang tuh. tapi kapit jer ngan roti sandwich, buat doublecheese beger . hikhik...