Fuh.. penat menyusun data ni. Hari ini kan Jumaat, ada al kuliyyah. Tapi takdela saya tercongok depan tv. Sambil buat kerja lain, pasang. Pastu tiba-tiba jalan ceritanya menarik perhatian saya.
Melihat demo santau Angin dan santau makanan. Keluar paku, kaca, pisau cukur. Mmg diambil sendiri oleh cameraman depan2. Saya mmg percaya benda macam ni ada. Tapi, tak berani ambil tau, mahupun tengok. Astaghfirullah, besar betul dosa orang yg menyihir tu. Dosanya macam mmbunuh orang, kan?
Fakta yang diterangkan perawat:
Racun Halus - al Kuliyyah TV3 10/6/2011
Ayat membenteng Gangguan Santau atau Santet:
1. Surah Al fatihah
2. Ayat Kursi
3. Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim.
Terima kasih pada sumber ayat.
4. Ayat 23 surah Al Furqan.
5. Sembahyang tahajud - mengelakkan santau. beri nikmat kesihatan.
Tanda-tanda bomoh yang tidak mengamalkan ciri perubatan Islam:
- Menurun - masuk jin, lalu mengatakan orang itu atau ini menyihir kita. Memecah belahkan rumahtangga dan perhubungan.
- waktu merawat, ada asap. Asap ialah makanan jin
- Bomoh bagi azimat - kain kuning, telur.
- Bomoh mintak pengeras
- Bomoh - pakaian tidak tutup aurat
- Selepas merawat, bomoh tidak menyebut atas Insya Allah, sembuh
Tanda-tanda AWAL orang yang trkena santau:
Batuk yg berlarutan sampai brtahun-tahun tanpa sebab. Batuk brdarah
Sentiasa sakit belakang
Lenguh sendi utama
Istihadhah (trlebih hari period) tanpa sebab
Mengandung tapi keguguran bila bawah 3 bulan
Bawah matanya biru
Kuku kelihatan biru macam sakit jantung
Gatal-gatal
Waktu tidur, bermimpi ular patuk, jatuh dari tmpt tinggi, dikejar binatang brbisa, ada benda tajam mengancam, mimpi baby menyusu.
Bangun pagi - tanda lebam pada badan, tanpa sebab. :)
Pembedahan batin - Tiada pmbedahan batin selepas kisah Jibril dgn nabi Muhammad. Jika kita nampak something masa tu, mata kita disihir.
Pusat perubatan Islam: SINAR ZAMDURRANI, DAMANSARA

Salam Kak Nur...Semalam semasa singgah kat rumah baby sitter ambil anak..Adalah sekilas tgk rancangan ni tapi tak boleh beri tumpuan....
ReplyDeleteSemoga kita semua dilindngi olehNya dari gangguan makhluk halus dan hasad dengki umat yang zalim...
Makbonda pun tengok juga tapi tak sempat membuat catatan,terimakasih indah atas catatan untuk dikongsi.
ReplyDeleteSalam sue@ninee,
ReplyDeletemoga kita sama2 dilindungi Allah dr gangguan syaitan yg trkutuk.
salam makbonda,
ReplyDeleteapa yg sempat saya tulis kak. buat ingatan saya dn panduan bersama :)