Bear ni saiz A4 Sumber:
Haritu saya berada di kolam,
Bertemu dgn sorang kakak yg saya kenal agak garang orangnya.
Susah juga bila brtemu dgn seorang pelindung
marah apabila kita komen sedikit pasal anaknya.
tak kira besar
tak kira kecil
seorang anak juga perlu ditunjuk jalan yg lurus
janganlah bila anak kita kena marah pasal tak boleh main kolam,
kita tengking pak guard tu,
Pastu kita tengking anak kita balik...
pasal..
Anak kita tengking pak guard tu pulak.
Pasal tak bagi anak kita kurang ajar ngan orang lain.
Anak kita dah remaja,
Dah tau rasa malu ditengking di hadapan umum,
Diperli depan umum,
Dah tau rasa tak puas hati.
Dah tau nak balas balik.
Tak macam masa kecik-kecik,
yg takut dan patuh.
haih.
Ibubapa adalah contoh berkualiti.
Macam tu jugalah apabila kita nak komen pasal orang,
kadang-kadang kita macam dipaksa "kunci mulut".
Ada sesetengah, setiap kali orang brcakap pasal anak-anaknya,
Dia akan defend,
"cara kita didik anak lain-lain "
sangat risau orang mengutuk anak-anaknya yg cerdik, tetapi ada benda yg anaknya kurang.
Apa salahnya kalau anak-anak ada kelemahan?
Pandai di situ, kurang di situ,
Mengakui kelemahan anak-anak bukanlah bermaksud ibubapa itu gagal.
Proses muhasabah diri.
Anak kecil atau remaja juga harus pandai muhasabah diri.
Supaya dia tau apa yg tidak kena pada dirinya.
Kenapa orang marah?
Kenapa orang buli?
Kenapa tidak pandai itu ini?
Saya dulu tak tau cara ini,
selalu menanti orang tegur baru nak berubah,
sehinggalah saya tinggal di asrama yg selalu 'dipaksa' Solat malam setiap hujung minggu...
akhirnya bila letih berfikir, kita sendiri yg rela mencari Yang Mencipta...
Rasanya macam nak anjurkan saja ibubapa 'paksa' anak remaja solat malam dipantau atau jemaah.
Adab berkawan
Ada orang cakap,
Kita kena terus-terang.
Bila kita rasa anaknya buat benda tak kena,
Tapi dia balas kat kita,
Macam dia sakit hati.
Tapi bila buat macam tu, kita macam diasingkan,
macam tak kawan dgn kita dah..
Saya cuma orang luar,
Memerhati, dan terus belajar,
Mencari sedikit bekal ilmu berumahtangga.
Dan saya masih di sini, berbekal pisang goreng dgn tepung adabi, dan pearl cafe Power root. :))
Hubby masih dgn OSK dan saham-sahamnya, serta fail kerja bertimbun. Saya masih setia dgn ini. Alahai..... Website yg saya reka-reka sendiri. Template orang, tapi masih design saya. HTML yang paling cikai macam tulis blog juga. Jadi manakan sama dgn wesite canggih oranglain. :)
Surat banci Ekonomi 2011 dah sampai utk syarikat kecil kami. Hadapilah dgn senyuman.
Pisang goreng adabi...
bukan senang nak didik anak2 zaman sekarang.
ReplyDeleteibubapa kena bagi contoh yang baik untuk dapat hasil yang baik juga..
anak ni kena corak dari kecil...cam pepatah kata...nak melentur buluh biarlah dari rebungnya...
ReplyDeletesalam kak rina,
ReplyDeleteya kak. ibubapa kena jadi contoh berkualiti. anak2 sering memerhati apa yg kita buat.
salam kak hafizah,
ReplyDeletebenar kak. dah besar camtu payah dah. cuma didikan harus sentiasa, selagi mereka dekat ngan kita.