Hari ini berasa tidak puas lagi bercerita. Maafla, kalu sudi mmbaca, silakan saja. Saya malas nak hop hop lagi. Harus masak kerana hubby kerja separuh hari hari ni.
Ada orang suka melalui jalan yg susah. Seperti bekerja di kedai cina dgn jadi rm350 sebulan dgn syif dan kerja yg brtimpa2 yang diberatkan oleh majikan. Tiada istilah kasihan pd kaum melayu di situ. Siapa rajin dan pandai mengambil hati, dia akan cepat naik gaji. Kalau majikan melayu buat sprt itu pada pekerja melayu, pasti... isu tidak kesian pada melayu pasti dibangkitkan dan disebar seluruh tempat. Susah mnjadi pekerja, susah juga mnjadi boss.
Pernah jugalah adik saya bekerja di kedai sprt itu. saya melihat dgn tidak betah pada layanan bos, malumlah budak baru nak belajar kerja. RM350 gaji jurujual yang belum ditolak makan minum semasa kerja dan minyak motor ke tmpt kerja. Maka, balance yg tinggal cukup-cukup sahaja.
Padahal ada saja kerja lain yg makan minumnya tak payah, dan tak perlu berulang-alik sejauh itu? Kerana apa? Asal lepas dari situasi menganggur. nampak macam payah, tetapi di situ hatinya berasa lega. Ada kerja dan jauh dr pandangan sinis orang.
Cuma saya tidak betah melihat itu.Saya kasihan padanya.
Bagaimana pula apabila kita dibawa ke jalan yg susah, dan terpaksa mengikut?
Seorang suami adakala sifatnya lain, corak pemikirannya lain.
Adakala, isteri terpaksa berbulan-bulan menggunakan cerek gas hadiah perkahwinan, sedangkan orglain dah ada cerek letrik hanya kerana cerek itu belum rosak? Apabila isterinya meminta, tiba2 dia mmbelinya satu hari katanya sempena hari istimewa.
Dan di kala isterinya merungut sprt terkurung dalam rumah kerana dia tidak suka isterinya keluar tanpa dia, dia mmbawa sejauh 50 km utk makan sate kajang samuri. sedangkan isterinya cuma teringin sate pasar malam dekat rumah?
Atau... sanggup download cerita dr internet, hanya kerana isterinya nak tengok astro , kerana dia tidak mahu mmbeli?
Atau kita dah beria-ia nak keluar rumah sendiri ke post office, tiba2 katanya, dia akan hantarkan waktu rehat nanti.
Di balik cara yg 'memayahkan' itu, yang saya tidak gemar dia lakukannya.... betapa besar kasihnya..
Jika jalan yg susah itu sebenarnya satu Kemesraan yg dia ingin tunjukkan .... , kenapa perlu dibesar-besarkan. Bersyukurlah!
kasihan... 3 am tadi saya melihatnya download cerita free dr internet. cerita yg saya nak tengok sangat! walau dia curi-curi mncarinya di masa saya tidur.
Nota NURINDAH: kadang2 isteri juga perlukan nasihat, utk bekal berumahtangga. bagaimana memahami hati suami yg diam tetapi caranya "berkata-kata".
Pesan saya pada diri : Usahlah meminta lebih-lebih. Suami juga cepat keliru, kadang2 lebih mndengar kata kita. Jangan susahkan dia....

Semoga kita sentiasa memberi sepenuh kasih sayang pada suami kita..
ReplyDeleteInsyaAllah.
salam kak azrina,
ReplyDeleteInsya Allah, kasih itu juga mmbawa ke syurga. :)