Salam sejahtera,
Sempatkan juga blogging pagi2 ni. Sebelum start buat tugasan harian. Nanti kalu dah sibuk2, tak sempat kejar masa. Mee padprik ini dibuat bbrp hari lalu. Takleh tipu sebab ada date kat foto. pstt... belum pandai setting hilangkan date tuh. hahaha...
MI PADPRIK
Resipi : buku senangnya memasak Mi, mihun dan kuetau Chef hanieliza.
Ditulis kembali: mysweelife-nurindah.blogspot
BAHAN-BAHAN:
500 gram mi kuning (dibasuh dan toskan)-
(nurindah: cara biasa saya akan tuang air panas atas mi sbb nak kurangkan bau. Tips dari MIL)
5 sudu besar sos tomato - (nurindah: sos takde. saya ganti sebiji tomato didadu kecil)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun purut - (nurindah: takde, tak bubuh)
5 biji cili api diketuk - (nurindah: tak bubuh. guna cili jeruk dimakan asing)
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang merah- dihiris
1 cawan air masak
2 kiub pes tomyam - (nurindah: saya guna pes tomyam Adabi 2 sudu makan atau secukup rasa)
3 sudu besar minyak masak utk menumis
Tambah: Garam atau kicap pekat
Bahan B: (nurindah: saya masukkan apa yang ada saja)
300 gram hirisan ayam
100 gram udang - dibuang kulit
100 gram sotong
100 gram lobak merah
100 gram bunga kubis
50 gram kacang sepat hijau
1 labu bawang besar
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan lobak merah, sos tomato, sos cili, sos tiram. Kemudian masukkan air. Biar mendidih. (nurindah: saya masukkan buah tomato cincang tadi bersama sos, bagi ia sebati bersama)
4. Masukkan sayur-sayuran yang lain. Kacau rata.
5. Apabila mendidih, masukkan daun limau purut, kacau rata. (saya skip)
6. Tutup api, kemudian masukkan mi kuning dan daun ketumbar. Kacau sekali lagi. Sedia dihidang.
(nurindah: saya masukkan mi SEBELUM tutup api kerana nak biar ia kembang sedikit sambil tambah2 air takut kering kuah. Saya suka mi kuning saya nampak kembang sikit, ala basah).
Nota: Mee padprik ini kalu guna Pes tomyam, sudah cukup rasa. Tambah garam sikit je. Atau kicap. Bubuh pes tomyam tu hingga rasa kick. Hubby makan dgn cili padi jeruk di bawah. Sekejap jer, 2 pinggan dia tambah. Erm.. rasa macam nak buat jeruk cili besar pula, for me.. ;)

mi paprik?best ni selalunya Cm masak nasi goreng paprik je..boleh tukar tukar selera:)
ReplyDeleteSalam, Nampak sedap.. seindah namanya.. tapi tak nampak lak sayur mayurnya..
ReplyDeleteSalam indah!! kita paling geram tgk lada jeruk kat bwh tuuu sedapnyerrrr kalau dpt gigit sambil2 makan mee padrik niiii, kita malas pulak lah nak buat lada jeruk skrg ni tp nak makan! hihihi... maceh indah dtg umah kita :D
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletecikmanggis: salam kak CM, betul kak. kita tukar2 idea dan selera. ;)
Che mid: salam kak, hehe.. dah tulis dah kat atas, sayur mayur yg ada sahaja. nu, tinggal karot dan timun jo. :)
ijayuji: Salam ika, hehe.. saya tak berani gigit la. masam2 macm tu sedap kan, dimakan dgn mee? saya punya nak beli cili hijau nanti. hahaha