Bismillah....
Saje nak hai-hai teman-teman sebelum memulakan tugas. Tengah minum Mocha radix dan makan french toast/ roti telur.
Website baju masih trgantung tu. Tengah pulun sorang-sorang. Hubby dgn fail kerja bertimbun.
Kerabu tuna ni, kalu nak makan gitu jer pun sedap... tapi yang di atas ni, pedas, sebab nak makan ngan nasi.
Saya dah pernah rasa ala-ala kerabu tuna ni kat satu resort, style Western, makanlah dgn ayam barbeque ker, ikan panggang ker . Tapi utk makan style Western gitu, kurangkan masam dan tak payah letak cili. Letakla kekacang macam kacang merah tin tu ker, hu.... sedap, rasanya campur manis kekacang. Hu.... itu kena cuba. ;)
KERABU TUNA
Sumber: hanieliza.fotopages
Terima kasih kak. Mohon halalkan resipi :)
Bahan
1 tin tuna dalam air [hancurkan]
1/2 cawan carrot parut
3 biji limau nipis [perahkan airnya]
2 ulas bawang merah [dihiriskan]
3 biji cili merah [cincang]
3 biji ciliapi cincang
1 pokok daun ketumbar [hiriskan]
garam
Cara:
1. Sayur dipotong kecil dan halus.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Hidangkan dengan nasi atau ratah saja

hmm..sedappnya kerabu tuna tu....terliur kak mas tengok...
ReplyDeletesedapnye..leh try ni..
ReplyDeleteSalam, kerabu tuna .. eee.. saja je bubuh kerabu tu ya.. jadilah melayu sikit hi hi..
ReplyDeleteSuami akak kata seronok duduk di Kedah ni.. rasa aman sebab selalu tengok bendang yang menghijau..
sedapnyer kerabu tuna ni...kak fiza suka...sedap ni...nak kena try juga la....=)
ReplyDeleteKak nur.. Kerabu tuna first time dgr.. Tentu sedap ita suka kerabu
ReplyDeleteSalam kak mas,
ReplyDeleteMemang meleleh sbb 3 biji cili pun, dah tercari2 air nak minum. hakhak..
Salam kunang-kunang,
ReplyDeleteBila teringin makan kerabu, ini pun ok :)
Salam che mid,
ReplyDeletehahaha.. saya cuma menurut perintah. resipi chef hanieliza.
Memang nampak bendang kat kedah, kan? Mesti fresh.
Kampung saya pun sawah mnghijau, tapi makin lama orang dah tak mau menanam. Banyak dah ditambak ngan tanah sebab nak buat rumah.huhu..
Salam kak fiza,
ReplyDeleteYang ini sesuai dirantah begitu sahaja. hehe..
Salam kak juwita,
ReplyDeleteSaya juga baru cuba. ;)